Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

KOPIAH PUTIH KENA MAKI HAMUN

 Malangnya sapa yang pakai kopiah putih, orang kopiah putih yang sokong ngan PRK kajangpun kena maki sama, pedasnya artikal ini sama dengan pedasnya maki hamun yang dilakukan ketua penerangan dewan ulama PAS, kita tidak tahu apa pasal depa maki cara berpolitik golongan berkopiah putih secara total pada tajuk artikal nih, agak geram sangat la kot, mungkin geram ni belum lagi habis ?

Andainya geram ini berterusan maka kesan geram ini akan berpanjangan sehingga peputusan pilihan raya kecil Kajang sama ada kalah ataupun menang, hasilnya permusuhan ini rasanya akan kekal sehingga PKR dan PAS berpecah dan membawa haluan masing-masing, soal siapa untung dan rugi tidak timbul, apa yang penting bagi dua golongan pada dua jenis parti poltik ini ialah melayan perasaan syaitan

Sengat menyengat diantara dua kumpulan ini nampaknya disimpan sebagai pusaka. Di Selangor memang banyak batu api dari kedua belah pehak ini, batu api daripada orang yang telah kena tendang masih lagi memainkan peranannya yang tidak siapa  mengintif aktiviti mereka, kononnya kerana berbaik sangka ! Secara ikhlas Pak Karamu ingin jelaskan bahawa PAS juga akan menjadi PKR sekiranya sikap berjihad mereka tidak diselaraskan, kerana apa yang saya lihat bertambahnya ahli PAS bukan kerana mereka berminat dengan dasar parti, akan tetapi kerana  terikut-ikut dari golongan yang frust dan yang ada gelaran yang menyertai parti tersebut! Pak Karamu


 

Friday, January 31, 2014

Buruknya cara golongan ‘kopiah putih’ berpolitik dalam PAS


Baru-baru ini iklim politik Malaysia “panas” dengan peletakan jawatan mengejut Adun Kajang Lee Chin Cheh. Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengumumkan calon Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon bagi menghadapi pilihan raya kecil (PRK) DUN Kajang.

Ternyata langkah politik ini mengejutkan rakan politik PKR dalam Pakatan Rakyat (PR), PAS dan DAP. Bermacam-macam komen mengecam tindakan PKR yang disifatkan sebagai membazir duit rakyat kerana Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terpaksa mengadakan pilihan raya kecil yang sudah tentu melibatkan jumlah wang yang banyak.

Tanpa merujuk pimpinan PAS pusat, tindakan PKR ini menerima kecaman beberapa kerat golongan “kopiah putih” dalam PAS yang sememangnya menunggu untuk menghentam PKR dan Anwar Ibrahim. Kritikan paling keras datangnya daripada Ketua Penerangan Dewan Ulama, Dr Mohd Khairuddin Aman Razali yang mengatakan PKR telah khianat undi rakyat. Ustaz yang baru sahaja dapat anugerah Datuk daripada Sultan.

Pahang begitu galak menyerang PKR dengan pelbagai kecaman keras walaupun semasa sidang media pengumuman calon dihadiri pimpinan eksekutif tertinggi PAS seperti Naib Presiden Salahuddin Ayub dan Dr Hatta Ramli. Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu juga menyokong penuh pencalonan Anwar Ibrahim dalam PRK Kajang.

Tidak ketinggalan menyertai siri kecaman terhadap PKR dan Anwar Ibrahim ialah seorang lagi golongan “kopiah putih” yang juga bekas Pemuda PAS Pusat Nasruddin Tantawi yang mengatakan ini satu kegilaan yang dicipta PKR.

PKR berada dalam situasi politik yang sukar ketika ini dan mengharapkan sokongan daripada rakan-rakan komponen PR. Disaat ramai pemimpin bukan “kopiah putih” dalam PAS menyokong tanpa berbelah bahagi kepada PKR, tiba-tiba golongan “kopiah putih” begitu panas hati dan terus mengecam PKR.

Malahan DAP juga menyokong penuh tindakan politik PKR di Kajang walaupun pada mulanya juga terkejut tapi DAP tidak menghentam seperti golongan “kopiah putih”.

Golongan “kopiah putih” yang majoritinya golongan ustaz ini patut malu dengan golongan kafir DAP yang menyokong rakan disaat susah dan senang. Akhlak yang ditunjukkan golongan kafir DAP lebih Islamik daripada akhlak golongan “kopiah putih” ini.

Malah golongan yang mendakwa PKR khianat ini juga mengugut mahu jawatan menteri besar diberikan kepada PAS memandangkan PAS mempunyai bilangan kerusi yang lebih berbanding PKR tanpa menyentuh perbuatan khianat tikam belakang kawan geng “kopiah putih” yang meletakkan calon di DUN Kota Damansara. Ugutan ini amat dikesali disaat rakan berada dalam kesusahan tetapi jawatan MB yang didambakan

. Politik buruk golongan ini bukan sahaja mengenai PKR Kajang tapi ramai pemimpin PAS yang jujur juga menjadi mangsa politik buruk ini. Lihat sahaja di Kelantan macam mana Naib Presiden PAS yang menang iaitu Husam Musa dipinggirkan di Kelantan malah diturunkan pangkat daripada Timbalan Pesuruhjaya 2 ke Timbalan Pesuruhjaya 3.

Adalah pelik Naib Presiden yang menang dalam pemilihan parti tempatnya diganti dengan individu yang kalah. Ini satu penghinaan terhadap jawatan yang dipilih secara demokratik. Saya tidak pasti adakah ini cara pemilihan jawatan parti Islam.

Saya secara peribadi berasa simpati nasib yang menimpa Husam Musa. Mat Sabu juga pernah menjadi mangsa golongan “kopiah putih” yang mengaku pendokong ulama semasa beliau bertanding mengekalkan jawatan Timbalan Presiden sehingga beliau mengeluh pemilihan sesi ini yang paling teruk pernah beliau alami. Label Syiah dan liberal jadi peluru untuk menyerang individu tertentu yang dilihat bukan pro-ulama.

Selamat maju jaya kepada PR yang akan bertanding dalam PRK Kajang nanti. Diharap tidak ada sebarang sabotaj dalaman daripada kem PR yang akan menjejaskan peluang mengekalkan kerusi DUN Kajang.

~ Hafiz Ahmad

1 orang berkata:

Anonymous said...

Mengapa perlu puak kopiah putih menghentam PKR kerana yang menjadi punca masalah ialah Azmin. Puak kopiah putih seharusnya menghalakan sasaran mereka kepada Azmin, bukan PKR

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.