Hangat!!! Naib Presiden PKR Tian Chua "DISERGAH" KM Pulau Pinang Lim Guan Eng Isu DAP Bersetuju PAS Laksanakan Hudud.. Jom Terjah!!!
8:41 PM
No comments
DAP
membidas Naib Presiden PKR Tian Chua kerana "berbohong" bahawa Pakatan
Rakyat (PR) dan DAP bersetuju untuk PAS melaksanakan hudud hanya di
Kelantan dan Terengganu.
Setiausaha
Agung DAP Lim Guan Eng berkata parti itu berpendapat ia "tidak
bertanggungjawab, salah dan tidak beretika" bagi Tian Chua mengheret DAP
menerima pendiriannya menyokong PAS dalam melaksanakan undang-undang
hudud di Kelantan dan Terengganu, tetapi tidak di negeri lain.
Beliau
berkata, pemimpin DAP terkejut apabila Tian Chua mengisytiharkan dalam
akhbar-akhbar Cina bahawa pelaksanaan undang-undang hudud di Kelantan
dan Terengganu adalah dasar PR kerana ia disepakati oleh PR dan DAP.
"Pembohongan
Tian Chua diberi liputan meluas dalam media arus perdana walaupun ia
tidak disokong oleh fakta atau sebarang dokumentasi.
"Saya secara peribadi bercakap dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri
Anwar Ibrahim bagi menyampaikan kemarahan kepimpinan DAP di atas
pembohongan yang disebarkan Tian Chua," kata beliau dalam satu kenyataan
hari ini.
“Anwar
mengesahkan dalam kedua-dua perbualan peribadinya dengan saya dan
kenyataan awam semalam bahawa DAP secara konsisten menentang pelaksanaan
undang-undang hudud ke atas orang Islam di Kelantan,” katanya.
"Para
pemimpin DAP berharap Tian Chua berhenti mengulangi pembohongan
tersebut memandangkan Anwar secara terbuka mengesahkan DAP tidak pernah
bersetuju dengan pelaksanaan undang-undang hudud oleh PAS," katanya.
Lim
berkata PR beroperasi berdasarkan konsensus asas yang disepakati
dengan ketiga-tiga parti dalam DAP, PKR dan PAS perlu bersetuju sebelum
dasar menjadi dasar oleh gabungan itu.
Oleh
itu, dasar PAS melaksanakan undang-undang hudud ke atas orang Islam di
Kelantan bukan dasar PR kerana pendirian tegas DAP yang menentang
pelaksanaan undang-undang hudud tidak pernah berubah, katanya.
"Tian
Chua dan lain-lain pemimpin PKR bukan Islam ada hak untuk menyokong PAS
melaksanakan undang-undang hudud ke atas orang Islam di Kelantan.
"Bagaimanapun
mereka tidak perlu mengheret DAP turun ke tahap yang sama seperti
mereka untuk mewajarkan sokongan mereka terhadap PAS," katanya.
Lim,
yang juga ketua menteri Pulau Pinang berkata, pemimpin PAS perlu
memberi fokus kepada pengurusan ekonomi dan tadbir urus yang baik, yang
akan menjadi faktor penentu kalah menang pilihan raya.
PR
telah mencatatkan kejayaan dalam pilihan raya umum 2008 kerana
kegagalan Umno dalam pengurusan ekonomi dan tadbir urus yang baik yang
membawa kepada rasuah dan penyalahgunaan kuasa , katanya.
"PAS menang dalam pilihan raya umum 2008 tanpa perlu berkempen untuk melaksanakan undang-undang hudud.
"PAS harus ingat Umno juga memenangi suara lebih Melayu semasa ia tidak menyokong pelaksanaan hudud," katanya.
Lim
berkata Umno memenangi lebih banyak kerusi dan undi masyarakat Islam
dalam pilihan raya umum tahun lepas, walaupun Perdana Menteri Datuk Seri
Najib Razak mengisytiharkan pada 25 September tahun 2011 bahawa
Putrajaya tidak akan menguatkuasakan undang-undang hudud.
"Bagaimanapun,
Najib kini tidak konsisten dengan kedudukan kerajaan BN sebelum ini,
daripada tidak menguatkuasakan undang-undang hudud kepada secara terbuka
menyambut baik cadangan PAS untuk melaksanakan undang-undang hudud.
Beliau bersedia bertemu para pemimpin PAS untuk berbincang .
"Jelas
sekali, Umno tidak mempunyai prinsip dan kini menyokong pelaksanaan
hudud untuk mewujudkan perangkap politik licik terhadap PAS, yang
memberi kesan terhadap hubungan PAS dengan DAP dengan niat untuk
memecahbelahkan PR.
"Jika
Umno boleh menang pilihan raya dan undi Melayu tanpa berkempen
melaksanakan undang-undang hudud, PAS boleh melakukan perkara yang sama.
"Fokus
kepada isu kehidupan, peluang ekonomi, pekerjaan dan pendidikan akan
menentukan siapa yang menang dalam pilihan raya akan datang," katanya.
2 orang berkata:
Apprenez Plus ici répliques de sacs ysl voir ce site réplique louis vuitton répliques de sacs passez sur ce site YSL Dolabuy
click over here high end replica bags address replica louis vuitton find out here now Prada Dolabuy
Post a Comment