Allahu Akbar!!! (Gambar2) Keretakan KLIA2 Menggerunkan, Hanya Dalam Tempoh Sebulan Akan Dibuka, Ini Buktinya.. Jom Terjah!!!
10:07 AM
No comments
Keretakan
baru ditemui di kawasan apron dan bangunan klia2 menimbulkan keraguan
terhadap tahap keselamatan terminal lapangan terbang itu beberapa minggu
sebelum operasi bermula di kala Malaysia menjadi tumpuan dunia selepas
pesawat MH370 hilang, kata satu sumber industri penerbangan.
Sumber
industri itu memberi 13 keping gambar diambil semalam kepada The
Malaysian Insider, yang mendedahkan keretakan di kawasan apron dan
dinding terminal dua tingkat pesawat tambang murah itu.
“Gambar
tersebut menceritakan sendiri sama ada klia2 sudah bersedia atau tidak
untuk digunakan,” kata sumber itu kepada The Malaysian Insider.
Ini merupakan set kedua gambar diserahkan kepada The Malaysian Insider
mengenai keadaan terminal baru yang mampu menampung 45 juta penumpang
melalui 64 pintu pagar itu.
Ini
merupakan set kedua gambar diserahkan kepada The Malaysian Insider
mengenai keadaan terminal baru yang mampu menampung 45 juta penumpang
melalui 64 pintu pagar itu.
Difahamkan
pengendali klia2, Malaysia Aiports Holdings Bhd (MAHB) memberi jaminan
kepada kerajaan mereka akan menjalankan kerja-kerja pemulihan yang tidak
akan memberi kesan kepada pembukaan terminal dan operasi pada 2 Mei.
Tarikh pembukaan sudah ditangguhkan sekurang-kurangnya lima kali.
Putrajaya
harus melihat semula tarikh pembukaan klia2 pada ketika kerja pembaikan
masih lagi dilakukan. Sektor penerbangan negara ini sedang diperhatikan
secara rapat oleh masyarakat antarabangsa dan kerajaan perlu melakukan
perkara yang betul,” kata satu lagi sumber industri penerbangan.
Jawatankuasa
Kira-Kira Wang Negara (PAC) melawat klia2 dua minggu lalu untuk
menyemak sama ada ia bersedia untuk dibuka dan memanggil wakil MAHB dan
wakil Kementerian Pengangkutan semalam berikutan masalah kelewatan dan
peningkatan kos dalam pembinaan lapangan terbang tersebut.
PAC
berkata mungkin akan memanggil pihak lain berhubung kelewatan itu dan
ini merupakan kepentingan awam walaupun klia2 didana oleh pihak swasta.
Timbalan
Menteri Pengangkutan, Datuk Aziz Kaprawi, berkata semalam klia2 akan
dibuka pada 2 Mei dengan Cebu Pacific Air dan Malindo Air akan menjadi
syarikat penerbangan tambang murah pertama menggunakan terminal itu.
Beliau
berkata, Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) akan ditutup pada 9
Mei, seminggu selepas klia2 dibuka menyebabkan syarikat penerbangan
tambang murah terbesar di Asia, AirAsia memberikan respon.
AirAsia
berkata semalam semua operasi AirAsia dan AirAsia X akan terus kekal di
LCCT walaupun selepas 9 Mei kerana terdapat beberapa isu penting yang
perlu diatasi terlebih dahulu.
"Langkah
untuk berpindah ke klia2 akan berlaku, tetapi ia hanya akan dijalankan
selepas semua isu ditangani," kata Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia
Berhad, Aireen Omar dalam satu kenyataan.
Beliau
merujuk kepada keputusan kajian Ikram Premier Consultings (Ikram)
mengenai kesediaan klia2 baru-baru ini menunjukkan wujudnya lekukan di
landasan rayap/apron dan landasan yang memerlukan langkah pemulihan
berkala dilakukan ke atas kawasan tertentu.
"AirAsia
juga percaya kesediaan beroperasi dan tempoh perpindahan lapangan
terbang (ORAT) untuk menyokong operasi AirAsia akan memerlukan lebih
daripada dua bulan seperti diberikan Malaysia Airports Holdings Bhd
(MAHB).
Aireen
berkata, tempoh perpindahan yang ditetapkan MAHB itu tidak realistik
dan terlebih optimis. Katanya, ORAT untuk perpindahan dari terminal
utama KLIA ke LCCT pada 2006 mengambil masa lebih daripada dua bulan
ketika operasi AirAsia ketika itu jauh lebih kecil.
"Selain
itu, terdapat perkara utama berkaitan komersial, operasi dan perkara
terbuka dalam kontrak yang masih dibincangkan antara AirAsia dan MAHB
yang perlu diselesaikan sebelum perpindahan ke klia2," katanya.
AirAsia
berkata, kerja pembaikan akan “mengganggu operasi hab penerbangan
seperti Kumpulan AirAsia yang mempunyai pergerakan 400 pesawat sehari
dan sekurang-kurangnya 70 pesawat dalam kumpulan pesawatnya di LCCT”.
“Tahun lalu sahaja Kumpulan AirAsia membawa 22 juta penumpang melalui LCCT,” katanya.
Pemangku
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata pada 17
Mac Ikram Premier Consulting (IPC) mendapati terminal klia2 selamat
untuk digunakan.
Hishammuddin
yang juga merupakan menteri pertahanan berkata, laporan tersebut
menyatakan beberapa kawasan persekitaran klia2 mengalami mendapan dan
perlu diperbaiki segera meskipun tidak mendatangkan kesan keselamatan
kepada pengguna.
"Berdasarkan
laporan awal tersebut, pihak perunding bebas berpendapat klia2 adalah
selamat untuk digunakan dan akan dibuka seperti dijadualkan pada 2 Mei
ini, namun keretakan pada turapan perlu diperbaiki mengikut garis
panduan yang ditetapkan oleh Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa
(ICAO) dan Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA)," katanya.
Hishammuddin
berkata, pada masa sama, menteri mengambil maklum bahawa fasa kedua
penilaian pihak perunding bebas akan dijalankan pada 14 April iaitu tiga
minggu sebelum pembukaan klia2 bagi memastikan aspek keselamatan di
landasan, laluan teksi dan tempat letak kereta apron (bahagian hadapan)
dipertingkatkan.
0 orang berkata:
Post a Comment