Khamis, 19 Jun 2014
Ambiga tak setuju presiden ISMA didakwa menghasut
Walaupun berulang kali dikecam oleh penyokong Ikatan Muslimin Malaysia
(ISMA), namun peguam Datuk Ambiga Sreenevasan tidak bersetuju dengan
tindakan untuk mendakwa presiden NGO itu, Abdullah Zaik Abdul Rahman.
Menulis di Twitter, Ambiga berkata, walaupun tidak begitu berkenan dengan ISMA, namun beliau tidak bersetuju Abdullah didakwa di bawah Akta Hasutan.
Peguam aktivis yang lain termasuk MP PKR Padang Serai, N Surendran dan ahli jawatankuasa undang-undang perlembagaan Majlis Peguam, Syahredzan Johan, sehaluan dengan pendirian bekas presiden Majlis Peguam itu, dalam tulisan tweet mereka menyokong Ambiga.
Menentang secara prinsip terhadap Akta Hasutan, Syahredzan berkata mendakwa sesiapa saja kerana menghasut, melanggar kebebasan bersuara.
Katanya, melainkan terdapat ancaman kecederaan fizikal, sama ada kepada orang atau harta, ia tidak boleh dijadikan jenayah.
Begitu juga dengan NGO Lawyers for Liberty, yang kritikal terhadap ISMA, dalam akaun rasmi Twitternya, juga tidak bersetuju dengan pertuduhan tersebut.
Katanya, Abdullah dan RSN Rayer tidak sepatutnya didakwa atas kesalahan menghasut tetapi penceroboh DUN Pulau Pinang patut didakwa bagi kesalahan di bawah Kanun Keseksaan.
NGO itu merujuk kepada ADUN DAP Seri Delima yang menurut Peguam Negara, akan didakwa atas kesalahan menghasut hari ini.
Abdullah Zaik akan didakwa kerana memanggil Cina Malaysia "penceroboh" manakala Rayer akan didakwa kerana mengucapkan "Umno celaka".

1 orang berkata:
Semua bangsa yg tinggal dlm Malaysia ni perlu baca, faham dan hayati sejarah melayu. Insyaallah perkara spt ini takkan berlaku. Kita faham diri kita siapa, dari mana, bagaimana kemari, kenapa jadi begini. Maka selesai.
Post a Comment