Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Tuesday, June 24, 2014

Kisah C4 Di Mahkamah Persekutuan

Kami tidak pernah kata bahan letupan C4 digunakan bunuh Altantuya, kata pendakwa 
Mahkamah Persekutuan di Putrajaya hari ini diberitahu tidak pernah dalam kes pendakwaan mengatakan bahawa bahan letupan C4 digunakan untuk pembunuhan wanita warga Mongolia Altantuya Shaariibuu.
Timbalan Peguam Cara Negara II Datuk Tun Abdul Majid Tun Hamzah berhujah pihak pendakwaan tidak pernah mengatakan bahan-bahan yang ditemui di tempat kejadian adalah bahan letupan C4.
"Kami tidak pernah berkata bahan letupan itu adalah C4. Tetapi mereka ini sejak hari pertama berkata ia adalah C4.
"Kami tidak tahu bagaimana Mahkamah Rayuan boleh menyatakan ia adalah bahan letupan C4," katanya pada pendengaran rayuan pendakwa terhadap pembebasan dua anggota Unit Tindakan Khas (UTK), Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar berhubung pembunuhan Altantuya.
Tun Majid berkata UTK tidak pernah menggunakan bahan letupan C4.
Bercakap kepada pemberita kemudian Timbalan Pendakwa Raya Manoj Kurup yang membantu Tun Majid berkata bahan yang ditemui di tempat kejadian adalah bahan letupan PETN dan RDX.
Pihak pendakwa (Tun Majid) berkata Mahkamah Rayuan terkhilaf berhubung fakta itu kerana gagal memanggil pakar bahan letupan C4 apabila saksi pendakwaan (bekas Timbalan Komander UTK Bukit Aman DSP Mastor Mohd Ariff) memberi keterangan pada perbicaraan kes itu di Mahkamah Tinggi bahawa UTK tidak menggunakan bahan letupan C4.
Beliau berhujah Mahkamah Rayuan sekali lagi terkhilaf dalam undang-undang dan fakta apabila memutuskan bahawa tiada bukti Azilah mempunyai jagaan dan kawalan terhadap bahan letupan itu pada sebarang masa sebelum dia ditangkap tanpa mengaitkan keterangan Mastor bahawa Azilah dan Sirul Azhar mempunyai peluang mencukupi untuk memiliki bahan letupan yang tidak digunakan semasa latihan.
Tun Majid juga berhujah DSP Musa Safri, yang merupakan pengiring timbalan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak pada masa itu (sekarang perdana menteri), tidak dipanggil sebagai saksi kerana peranannya hanya semata-mata memperkenalkan bekas penganalisis politik Abdul Razak Baginda kepada anggota polis untuk menjaga keselamatan rumah beliau.
Beliau berkata pihak pendakwa juga menawarkan Musa sebagai saksi pembelaan tetapi tidak diterima, sambil menambah bahawa Mahkamah Rayuan terkhilaf dalam memutuskan isu pihak pendakwaan tidak memanggil Musa sebagai saksi pada peringkat perbicaraan.
Sementara itu, peguam Azilah J. Kuldeep Kumar berhujah diari Balai Polis Bukit Aman menunjukkan Azilah berada di ibu pejabat polis semasa pembunuhan Altantuya.
"Diari ini jelas menimbulkan keraguan yang munasabah kerana ia adalah bukti yang menyokong alibi Azilah bahawa dia berada di (ibu pejabat polis) Bukit Aman dan bukan di tempat kejadian," katanya dan menambah Mahkamah Rayuan adalah betul untuk mencelah dan menerima diari balai itu sebagai bukti.
Beliau berkata hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa diari balai itu  tidak boleh diterima sebagai bukti.
Sementara itu, peguam Sirul Azhar, Kamarul Hisham Kamaruddin berhujah bahawa adalah tidak selamat untuk menerima masuk sebagai bukti berhubung dakwaan penemuan barang kemas Altantuya di rumah anak guamnya.
Beliau berkata pihak pendakwa telah mengetepikan hakikat tentang wujudnya satu lagi set kunci rumah Sirul Azhar.
Beliau berkata Sirul Azhar tidak mengetuai polis ke rumahnya untuk menunjukkan barang kemas itu, dan menambah Sirul Azhar diminta tunggu di luar rumah dan dia hanya dipanggil untuk masuk ke rumahnya selepas pihak polis menemui barang kemas tersebut.
Pada 23 Ogos tahun lalu, Mahkamah Rayuan membebaskan Azilah, 37, dan Sirul Azhar, 42, daripada pertuduhan membunuh selepas sebulat suara membenarkan rayuan mereka dan meminda sabitan hukuman mati yang diputuskan Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 2009 yang mendapati mereka bersalah membunuh Altantuya, 28.
Mereka didakwa membunuh wanita itu di Mukim Bukit Raja di Shah Alam antara 10 malam 19 Oktober dan 1 pagi 20 Oktober 2006.
Abdul Razak, 50, yang pada mulanya didakwa bersubahat dengan mereka, dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi pada 31 Oktober 2008 selepas mendapati pendakwaan gagal mewujudkan kes prima facie terhadapnya.
Perbicaraan di hadapan lima anggota panel diketuai Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria, bersambung esok. – Bernama, 24 Jun, 2014.

2 orang berkata:

Anonymous said...

Howdy! This is my 1st comment here so I just wanted to give a quick shout out
and say I really enjoy reading through your posts. Can you recommend any other
blogs/websites/forums that go over the same subjects?

Thank you!

Here is my web page Search engine optimization Chicago

Anonymous said...

new jordans 2014 on sale
Thank you for the good writeup. It in fact was a amusement account
it. Look advanced to more added agreeable from
you! By the way, how could we communicate?

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.