Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

1/09/14

Kami sedia ke mahkamah...Suhaizan jawab Zahid

KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda PAS Pusat Suhaizan Kaiat menyelar Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap Unit Amal PAS.

Menurut Suhaizan, Unit Amal PAS hanya sebuah badan kebajikan dan bukan badan keselamatan seperti badan-badan yang lain.

" Tak boleh nak ambik tindakan, sebab Unit Amal bukan bukan badan keselamatan.

"Ia hanya sebuah badan kebajikan yang menjaga kebajikan ahli-ahli PAS dan kebajikan rakyat Malaysia yang ditimpa musibah melalui misi kemanusian yang mereka jalankan," kata beliau kepada Harakahdaily.

Zahid hari ini berkata beliau yakin Unit Amal PAS turut akan dikenakan tindakan yang sama seperti 156 anggota Pasukan Peronda Sukarelawan (PPS) Pulau Pinang yang ditahan semalam.

Zahid juga mendakwa beliau turut menerima laporan bahawa terdapat anggota PPS yang melakukan tindakan yang melanggar Perlembagaan.

Ia termasuk memukul orang, dan melakukan tindakan-tindakan di luar perlembagaan dan seolah-olah mereka mengguna kuasa polis untuk mengugut orang.

Mengulas lanjut, Zuhaizan berkata Pemuda PAS bersedia ke mahkamah jika kerajaan mahu mengambil tindakan sama ke atas 'tentera merah' yang dinaungi mereka itu.

"Kita sedia lawan di mahkamah," katanya.

8 orang berkata:

Anonymous said...

Kalau unit amal pas akan turut ditangkap ,apa hal pulak dengan kelab putra umno?
Viva palestina?
Mercy malaysia?
Aman malaysia?
Adalah semua berdaftar dengan ros?
Minta pencerahan.

Anonymous said...

Hallo kawan.semua NGO tu berdaftar.dia org bertugas tak bawa cota.

Anonymous said...

Kalu umno campur tangan maka nampaklah kebangangan mereka sebab puak ni berjuang untuk duit macam orang berjudi bila menang sekali lupa dah semua harta habis sebelum ni

Anonymous said...

Geng umno sudah panas...tektik menawan s'ngor x berjaya maka dia guna tektik jepun pula...hayyo ajinomoto

Anonymous said...

Kalau berdaftar ok la. Boleh ke kalau diberi sekali no
Pendaftaran ros
Bukan apa senang nak confirm dgn
Ros.
Tak bawa cota bukam isu
Halal haram isu nya.

Anonymous said...

Kami di kg ada kump. Marhaban, geng tahlil, geng korek kubur, geng muslimah buat bacaan yasin tiap2 minggu rumah ke rumah..
Kena daftar ros ka? Kami dh daftar dgn allah dan rasulnya.

Anonymous said...

Anon 8.15
Bersrdialah.zaid hamidi akan hantar mata mata pi tangkap.

Anonymous said...

Kami di kmpung pun ada kelab motor..nk kena daftar juga ka... Dan rmai lgi geng2 bikes smua adj daftar ka..

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.