1/09/14
Kami sedia ke mahkamah...Suhaizan jawab Zahid
KUALA
LUMPUR: Ketua Pemuda PAS Pusat Suhaizan Kaiat menyelar Menteri Dalam
Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang mahu mengambil tindakan
undang-undang terhadap Unit Amal PAS.
Menurut Suhaizan, Unit Amal PAS hanya sebuah badan kebajikan dan bukan badan keselamatan seperti badan-badan yang lain.
" Tak boleh nak ambik tindakan, sebab Unit Amal bukan bukan badan keselamatan.
"Ia hanya sebuah badan kebajikan yang
menjaga kebajikan ahli-ahli PAS dan kebajikan rakyat Malaysia yang
ditimpa musibah melalui misi kemanusian yang mereka jalankan," kata
beliau kepada Harakahdaily.
Zahid hari ini berkata beliau yakin Unit
Amal PAS turut akan dikenakan tindakan yang sama seperti 156 anggota
Pasukan Peronda Sukarelawan (PPS) Pulau Pinang yang ditahan semalam.
Zahid juga mendakwa beliau turut
menerima laporan bahawa terdapat anggota PPS yang melakukan tindakan
yang melanggar Perlembagaan.
Ia termasuk memukul orang, dan melakukan
tindakan-tindakan di luar perlembagaan dan seolah-olah mereka mengguna
kuasa polis untuk mengugut orang.
Mengulas lanjut, Zuhaizan berkata Pemuda
PAS bersedia ke mahkamah jika kerajaan mahu mengambil tindakan sama ke
atas 'tentera merah' yang dinaungi mereka itu.
"Kita sedia lawan di mahkamah," katanya.
8 orang berkata:
Kalau unit amal pas akan turut ditangkap ,apa hal pulak dengan kelab putra umno?
Viva palestina?
Mercy malaysia?
Aman malaysia?
Adalah semua berdaftar dengan ros?
Minta pencerahan.
Hallo kawan.semua NGO tu berdaftar.dia org bertugas tak bawa cota.
Kalu umno campur tangan maka nampaklah kebangangan mereka sebab puak ni berjuang untuk duit macam orang berjudi bila menang sekali lupa dah semua harta habis sebelum ni
Geng umno sudah panas...tektik menawan s'ngor x berjaya maka dia guna tektik jepun pula...hayyo ajinomoto
Kalau berdaftar ok la. Boleh ke kalau diberi sekali no
Pendaftaran ros
Bukan apa senang nak confirm dgn
Ros.
Tak bawa cota bukam isu
Halal haram isu nya.
Kami di kg ada kump. Marhaban, geng tahlil, geng korek kubur, geng muslimah buat bacaan yasin tiap2 minggu rumah ke rumah..
Kena daftar ros ka? Kami dh daftar dgn allah dan rasulnya.
Anon 8.15
Bersrdialah.zaid hamidi akan hantar mata mata pi tangkap.
Kami di kmpung pun ada kelab motor..nk kena daftar juga ka... Dan rmai lgi geng2 bikes smua adj daftar ka..
Post a Comment