NGO Tibai desak KDN rampas pasport Anwar
- Muhammad Zahid Md Arip (kanan) menunjukkan laporan polis di luar pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, di Kuala Lumpur, hari ini. - Foto Sinar Online oleh NIZAM ZAIN
KUALA LUMPUR - Mursyidul Am Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim
(Tibai), Muhammad Zahid Md. Arip hari ini membuat laporan polis menggesa
pihak berkuasa bertindak merampas pasport antarabangsa milik Ketua
Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau juga mendesak agar Anwar diletakkan di bawah tahanan atau pemerhatian termasuk kawalan polis sementara menunggu keputusan kes Liwat II pada 10 Februari ini.
Menurutnya, laporan polis ini dibuat kerana mahu belajar daripada kes yang melibatkan Koperal Sirul Azhar Omar dalam kes pembunuhan Al-Tantuya.
"Dia memiliki pasport, dia boleh terus terbang ke Australia, di sana tanpa perlu merayu perlindungan politik, dia tidak dikembalikan kerana kerajaan Australia sebuah kerajaan yang anti dengan hukuman mati.
“Kita bimbang Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan segala "kecerdikan" yang dia dan pasport yang dia ada, dia boleh terbang ke mana-mana negara termasuk Amsterdam," katanya selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian mengulas pengumuman Mahkamah Persekutuan bahawa keputusan kes Liwat II terhadap Ketua Umum PKR itu akan diumumkan pada 10 Februari ini.
Anwar, 67, sebelum ini dijatuhkan hukuman lima tahun penjara tetapi pasukan pendakwaan merayu hukuman lebih berat dikenakan.
Anwar dituduh meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan di Kondominium Desa Damansara antara 3.15 hingga 4.30 petang pada 26 Jun 2008.
Sementara itu, Naib Presiden, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Zulkifli Noordin mendakwa tindakan menyekat Anwar itu wajar dilakukan segera memandang Ahli Parlimen Permatang Pauh itu pernah melarikan pada 2008 dalam kes sama.
"Dia pernah melarikan diri pada 28 Jun 2008 apabila Saiful Bukhari buat laporan polis dan dia lari ke Kedutaan Turki dan dia minta perlindungan negara itu.
"Kalau dia melarikan diri ke luar negara atau ke Kedutaan Belanda di sini pun, kita sudah tidak boleh buat apa-apa, kerana negara mereka tidak menjadikan liwat ini sebagai satu kesalahan jenayah," katanya.

1 orang berkata:
Penghutang ptpn dilarang keluar negara. Besarkah jenyah anak muda kita ni?
Mengapa penjenayah sepeti anwar ( keputusan mahkamah) tidak dikenakan sekatan yang sama?
Adakah kerajaan sengaja mahu anwar lari? Yang tersirat tidak boleh mengatasi yang sepatutnya berlaku.
Post a Comment