Saiful pohon pinda tuntutan saman terhadap Anwar
KUALA LUMPUR - Bekas pembantu peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohd
Saiful Bukhari Azlan hari ini memfailkan permohonan untuk meminda
pernyataan tuntutan dalam saman RM50 jutanya terhadap ketua pembangkang
itu.
Peguam Zamri Idrus yang mewakili Mohd Saiful memberitahu pemberita, beliau memfailkan permohonan pindaan itu bagi memasukkan butiran terperinci berhubung dakwaan fitnah oleh Anwar mengenai laporan polis yang dibuat oleh Mohd Saiful mengenai kejadian liwat, enam tahun lepas.
"Saman ini bukan sahaja mengenai dakwaan meliwat tetapi juga berkaitan dakwaan fitnah," katanya selepas kedua-dua pihak bertemu Pesuruhjaya Kehakiman Azizul Azmi Adnan di dalam kamarnya di sini, hari ini.
Zamri berkata, mahkamah menetapkan 23 Januari ini untuk pengurusan kes.
Sementara itu, peguam Shahid Adli Kamarudin yang mewakili Anwar memaklumkan beliau perlu mendapatkan arahan lanjut daripada anak guamnya sama ada akan membuat bantahan terhadap permohonan tersebut.
Pada 23 Jun tahun lepas, Mohd Saiful, 30, memfailkan saman bagi menuntut ganti rugi RM50 juta selepas mendakwa beliau mengalami kesakitan fizikal dan menanggung penderitaan sejak 2008 sehingga kini akibat diliwat oleh Anwar.
Dalam pernyataan tuntutannya, Mohd Saiful mendakwa Anwar menuduh laporan polis yang dibuat pada 28 Jun 2008 mengenai kejadian liwat itu sebagai satu
fitnah dan konspirasi terhadap Anwar.
Mohd Saiful juga mendakwa beliau tidak pernah berbohong dengan kandungan laporan polis itu yang menyatakan Anwar telah meliwatnya dan kali terakhir kejadian itu berlaku pada 26 Jun 2008, di Unit 1151, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setia Kasih, di sini.
Mohd Saiful mendakwa beliau telah dipandang rendah oleh masyarakat yang mempercayai tuduhan Anwar terhadapnya, dicemuh di laman-laman sosial dan telah mengalami tekanan teruk akibat daripada fitnah dan kejadian liwat itu.
Sehubungan itu, Mohd Saiful memohon ganti rugi RM50 juta, ganti rugi am, khas, teruk, faedah, kos dan lain-lain relif yang dianggap sesuai oleh mahkamah.
Anwar dalam pernyataan pembelaan yang difailkan 8 Oktober tahun lepas menafikan beliau meliwat Mohd Saiful dan berkata dakwaan liwat itu adalah tidak benar kerana menurutnya kejadian itu tidak pernah berlaku. - Bernama

1 orang berkata:
Cuba cek betul2 buntut saiful ni...kena liwat sungguh kot....
Post a Comment