Mejar Zaidi boleh rayu di Mahkamah Tinggi
- Mejar Zaidi Ahmad bersama keluarga diluar mahkamah. - Foto Sinar Harian oleh SITI AZIELAH WAHI
SHAH ALAM – Pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Mejar Zaidi
Ahmad yang dihukum buang kerja oleh Mahkamah Tentera Isnin lalu selepas
didapati bersalah terhadap dua tuduhan melibatkan isu dakwat kekal
semasa PRU13 dan menyiarkan maklumat surat pertukaran kerjanya boleh
membuat rayuan di Mahkamah Tinggi.
Setiausaha Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa, Prof Datuk Abdul Halim Sidek berkata, sistem kehakiman di negara ini memiliki fasa rayuan yang tidak terbatas meskipun kes tersebut dibicarakan di Mahkamah Tentera.
“Dia masih boleh merayu di Mahkamah Tinggi. Dia dibicarakan di Mahkamah Tentera ibarat tribunal untuk tentera.
“Katakanlah dia tidak puas hati dengan keputusan itu, jadi, sistem (kehakiman) kita ada rayuan. Jadi, dia kena rayu di mahkamah biasa iaitu di Mahkamah Tinggi,” katanya kepada Sinar Harian Online ketika dihubungi, hari ini.
Menurutnya, proses di Mahkamah Tentera lebih ringkas melibatkan perkara-perkara tertentu berbanding dengan mahkamah awam.
Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan bahawa kes yang masih belum dikatakan sudah selesai oleh pihak mahkamah tidak boleh dibincangkan di luar.
“Sekiranya kes ini dia buat rayuan ke mahkamah Tinggi, maka kes ini tidak selesai lagi. Peringkat mahkamah tentera sudah selesai.
“Sepatutnya kes ini tidak dibincangkan jika ia sudah sampai ke peringkat rayuan. Maka, kita kena serahkan kepada mahkamah dan biar habis dulu lapisan-lapisan rayuan sehingga mahkamah kata selesai dan tiada lagi rayuan. Barulah sebenarnya kita boleh bincang.
“Jadi, ikut adab dan tatatertib peraturan mahkamah, selagi kes itu tidak selesai hingga peringkat rayuan selesai, selagi itu kes itu tidak boleh dibincangkan kerana ini akan menjadi ‘sub judice’,” katanya.
Zaidi didakwa melanggar perintah Majlis Angkatan Tentera No 13 Tahun 1961 dengan membuat kenyataan media untuk menyatakan rasa tidak puas hati berhubung isu dakwat kekal yang sepatutnya perkara itu disiasat melalui saluran angkatan tentera dan Kementerian Pertahanan, di perkarangan Balai Polis IPD Kepala Batas pada 1 Mei 2013.
Dia turut didakwa mendedahkan kepada akhbar maklumat kawat tumpangan keluar (surat pertukaran kerja) sebagai penyelidik ke Kuala Lumpur.
Perbuatan itu didakwa dilakukannya di Taman Bertam Indah, Kepala Batas, Pulau Pinang pada 3 Mei tahun sama.
Bagi kedua-dua pertuduhan itu, dia didakwa melanggar para 13 Perintah Majlis Angkatan Tentera (Permat).

1 orang berkata:
Saya sarankan Mejar Zaidi kemukakan rayuan ke Mahkamah Persekutuan terlebih dahulu. Soal menang kalah, itu cerita lain. Jgn cepat berundur, buktikan kebenaran.. Saya jangka hampir keseluruhan rakyat Malaysia menyokong kredibiliti dan ketegasan anda. Waima mereka yg menghukum anda juga sedar bahawa mereka memutuskan sesuatu hukuman yg menghantui kehidupan mereka sendiri juga. Meletak pasir di pinggan nasi org lain hidupnya tidak akan tenteram dan akan sering diganggu mimpi buruk. Percayalah.
Post a Comment