Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Zahid Hamidi Kena Serang Dengan Rakyat Berani Secara Berdepan.



Power memang power.

Zahid Hamidi datang melawat. Dia nampak. Lalu gunakan kesempatan itu untuk terus jumpa menteri dan kritik sistem MyEG secara berdepan.

Ini apa yang dilaporkan oleh Malaysiakini.


Tinjauan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ke Jabatan Imigresen, Putrajaya bertukar kecoh apabila beliau diserbu oleh pengguna yang tidak berpuas hati dengan keputusan MyEG Services Bhd (MyEG) diberi kuasa monopoli bagi melaksanakan pembaharuan permit pekerja asing hanya melalui talian.

Setelah berbincang, beliau akhirnya memutuskan urusan di kaunter akan diteruskan sehingga akhir bulan Februari bagi membolehkan syarikat terbabit membiasakan diri terlebih dahulu.

Pakcik tue memang power. Power dan berani.

Antara petikan ayat dia ;

"Saya terpaksa gunakan orang tengah, itu sebabnya.. kata dulu taknak gunakan orang tengah.. individu boleh datang sendiri.. majikan boleh datang sendiri.. sekarang gunakan orang tengah.. kena bagi duit rm200.. ah.. ah.. kata nak.. saya cakap terus terang..kalau nak tangkap saya tangkapla.. kata nak bagi pihak imigresen sikit.. dia sikit.. itu saya cakap terus terang depan menteri.. saya nak buang biokrasi.. nak buangkan rasuah.. berhentila segala-galanya.."

KAH KAH KAH

Power kau. Aku peratikan jek muka Zahid Hamidi. Itulah. Semua menteri2 kat Malaysia neh bila dorang turun padang kita tak patut beria2 salam dan berselfie sakan dengan dorang. Bukan best mana pun.

Tapi kita cakap masalah kita. Aku pun buat benda yang sama. Pada dua menteri aku buat. Satu tue Zambry Kadir. Dan gagal sebab dia tak layan aku. Cilakak. Orang sekeliling dia tak bagi dekat dowh. Yang kedua timbalan menteri asas tani. Tajuddin Abdul Rahman. Aku lone ranger. Kat situ ada wartawan FMT. Dia tengah interview menteri dan bila dia berlalu aku amek kesempatan bagitau secara berdepan. Yang geng2 UMNO sekeliling siap sound aku lagi. Cilakak. Menteri tue sikit punya steady siap jemput duduk dan minta pembantu dia catit lagi. Cuma apa yang ingin aku sampaikan. Kalau ada peluang walaupun seminit, cuba la sampaikan masalah kita. Kadang2 orang2 sekeliling dia memang haram amek port masalah sebenar rakyat. Ia memerlukan kita sendiri turun padang dan berusaha bercakap dengan mereka. Tak perlu maki hamun. Cakap elok2 sudah. Janji dia tahu orang macam kita wujud dan kita dah pernah datang kepada dia untuk sampaikan masalah. Itu paling penting.

Dan kepada pakcik yang aku tatau namanya dalam video kat bawah neh, aku ucapkan syabas. Menteri perlu tahu bagaimana karenah biokrasi dan rasuah merosakkan intergriti dan agensi kerajaan dari dalam disamping operasi dalam talian yang haprak nak mampos sehingga menyukarkan proses pembaharuan.

Tahniah. Anda telah mewakili berjuta2 suara rakyat Malaysia yang lain, yang memang nak sampaikan perkara yang sama secara LIVE cuma tak berkesempatan aje.

Tengok video dan klik sini jika video gagal load.

1 orang berkata:

Anonymous said...

Muka mcm nak terkucil je. jawab pun tersangkut2 mcm termengkelan.Maluuu.....

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.