Nazri digesa tarik balik kenyataan hudud
KUALA LUMPUR - Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed
Nazri Aziz digesa menarik balik kenyataannya yang melabelkan pihak yang
berdebat mengenai hukum hudud itu sebagai bodoh.
Ketua Penerangan Pas, Datuk Mahfuz Omar menegaskan Mohamed Nazri perlu lebih berhati-hati dalam perkara itu kerana ia boleh menghina institusi mufti yang mempunyai kepakaran membicarakan soal perundangan Islam itu.
"Kalau sampai peringkat perbincangan perundangan Islam ini satu yang tidak dibenarkan, ini satu benda yang pelik.
"Ini sebagai satu penghinaan, saya harap Nazri berhati-hati dan menarik balik kenyataan bincang hudud dikatakan bodoh," katanya pada sidang media di lobi Parlimen, di sini, hari ini.
Sebelum ini, Mohamed Nazri yang juga bekas menteri undang-undang berkata undang-undang hudud tidak akan dapat dilaksanakan di negara ini, dan mereka yang membincangkannya adalah individu yang "bodoh".
Katanya lagi, undang-undang Islam itu hanya akan dapat dilaksanakan dengan meminda Perlembagaan Persekutuan, yang mana memerlukan majoriti dua pertiga majoriti Parlimen.

0 orang berkata:
Post a Comment