Ahli Parlimen kena jaga adab ketika berbahas
KOTA BHARU - Ahli Parlimen digesa menjaga adab dan bersopan-santun jika
terlibat perbahasan berkaitan undang-undang di Parlimen.
Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang berkata, setiap yang dibahas dalam Parlimen perlu dihormati semua terlibat.
Menurutnya, ia penting kerana ahli Parlimen adalah pembuat undang-undang, apabila ia telah diluluskan dan digazetkan, justeru semua perlu patuh.
“Sama seperti hudud, walaupun belum bentang di Parlimen, isu tersebut sudah hangat dibahaskan. Saya nasihatkan semua hormat.
“Kerajaan Kelantan telah buat keputusan akan bawa rang undang-undang persendirian ke Parlimen dalam masa terdekat dan keputusan bergantung kepada majoriti sokongan,” katanya kepada media ketika kunjungan hormat kepada kerajaan Kelantan di Pejabat Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob, yang turut diiringi Speaker Dun Kelantan, Datuk Abdullah Ya’kub.
Abu Zahar berkata, prinsipnya hanya memerlukan majoriti mudah, malah konsep itu perlu dikaji secara mendalam dari segi Perlembagaan, perundangan dan kedudukan.
"Perkara ini penting kerana ia membabitkan Perlembagaan negara sekiranya dibawa ke Parlimen, terpulang kepada sokongan ahli parlimen untuk membuat keputusan," katanya.
Sementara itu, Abdullah berkata, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dijangka membentangkan rang undang-undang persendirian berkaitan pelaksanaan hudud di Parlimen.
Menurutnya, notis mengenainya dihantar sejurus Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 (pindaan 2015) diluluskan pada Sidang Dun.
“Kita akan bentang dalam masa terdekat, jika tidak sempat untuk sesi ini, kita akan hantar untuk sidang Parlimen, Jun depan.
“Setakat ini kita belum menerima maklum balas dari Parlimen dan berharap mendapat reaksi positif,” katanya.

0 orang berkata:
Post a Comment