Tidak semua ramalan Kit Siang betul
SHAH ALAM - Tidak semua ramalan Penasihat DAP, Lim Kit Siang menjadi
kenyataan, kata Ketua Pemuda Pas Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari.
Menurutnya, ramalan Kit Siang sebelum ini ketika PRU13 yang lalu turut tidak mengena.
“Ramalan tuan tidaklah semuanya menjadi kenyataan. Sebelum PRU13, tuan meramalkan PR menang tujuh negeri dan semua tahu apa jadi dengan ramalan itu.
“Tuan juga pernah silap langkah dalam percaturan Teluk Intan,” katanya melalui kemas kini statusnya di Facebook, hari ini.
Kit Siang dalam catatan di blognya hari ini menjangkakan parti rakan komponennya itu mungkin tewas teruk dalam pilihanraya umum akan datang susulan tetap berdegil untuk melaksanakan hudud.
Dalam pada itu, Ahmad Fadhli menasihatkan agar Pas sentiasa berwaspada supaya tidak terperangkap.
“Menghormati ramalan tuan, namun Insya-ALLAH nasib parti Islam ini di bawah ketentuan Allah SWT.
“Adapun untuk jentera parti Pas, haruslah sentiasa berwaspada dan berhati-hati kerana jerat itu tiada pernah lupakan pelanduk,” katanya.
Melalui catatan blognya itu, Kit Siang berkata antara ketiga-tiga parti komponen PR itu, Pas yang akan paling ‘menderita’ dalam PRU14 kelak.
“Pas akan kehilangan hampir semua kerusi Dun dan Parlimen di negeri-negeri di utara kerana hudud. Dengan kehilangan 30 peratus undi bukan Islam, Pas akan kehilangan tujuh kerusi Parlimen dan 29 kerusi Dun yang dimenangi dalam PRU13.
“Pas akan dihapus terus di Johor, Perak dan Melaka dan hilang tempat di Selangor, Pahang dan Kedah,” katanya.

2 orang berkata:
X kisah semua tu...yg penting kerusi cina pun akan hilang...biar BN ambil alih kembali penang....kua..kua..kua.
Nampaknya Kit Siang dah mula mengigau siang hari.Mana dia dapat cerita pas dapat 30% sokongan bukan-melayu pada pru13 dulu? Yang dapat 30% sokongan orang melayu masa tu adalah dap hasil bantuan pas, bukan sebaliknya. kalau ada pun sokongan bukan-melayu adalah hasil usaha kelab penyokong pas. Dap langsung tidak ada peranan. Cuma Kit Siang segan nak sebut ialah parti yang akan lumpuh dalam pru14 nanti adalah pkr kerana sikap berdolakdalih pemimpin2 mereka sejak isu Khalid Ibrahim. Dan rasanya dap jangan mimpi boleh perintah P Pinang selepas pru14 nanti.
Post a Comment