‘Kepala MP Batu keras macam batu’
KUALA LUMPUR - Dewan Rakyat hari ini riuh seketika apabila Ahli
Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin mengumpamakan kepala
Ahli Parlimen Batu, Tian Chua keras macam batu sepertimana tempat yang
diwakilinya.
Bung berkata demikian bagi merujuk kepada sikap Tian Chua yang dilihat seolah-olah sering membuat kacau dengan mengajak rakyat menyertai demonstrasi dan memburukkan kerajaan.
"Kepala Batu (Tian Chua) keras macam batu," katanya sehingga mendapat bantahan daripada Naib Presiden PKR itu dan Ahli Parlimen Kapar, G Manivanan.
G Manivanan bangun lantas menyuruh Bung menarik semula kenyataan tersebut.
"Tarik balik kenyataan itu, jangan cakap macam-macam lagi, jangan jadi pelakon, seorang sudah dalam keluarga yang menjadi pelakon (merujuk isteri Bung)," katanya.
Pertengkaran mulut yang berlangsung dalam beberapa minit itu akhirnya dapat diselesaikan selepas Timbalan Speaker, Datuk Ismail Mohamed Said masuk campur.

0 orang berkata:
Post a Comment