Putus hubungan dengan Hadi, Pas 'basuh' DAP
KOTA BHARU - Tindakan DAP memutuskan semua hubungan dengan Presiden
Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung pembentangan rang
undang-undang (RUU) persendirian di Parlimen bagi membolehkan
pelaksanaan hukum hudud di Kelantan, adalah seperti menolak Pas.
Menyifatkan demikian, Timbalan Pesuruhjaya Pas Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, "Mana boleh tolak presiden.. ia macam tolak parti.
"Saya sudah cakap jika berlaku perpecahan dalam PR (Pakatan Rakyat) bukan Pas sahaja yang rugi, DAP pun rugi.
"DAP belum tentu boleh pertahankan Pulau Pinang jika Pas tiada dalam PR. Kena ingat itu baik-baik," kata Mohd Amar.
Beliau bercakap kepada pemberita selepas Mesyuarat Exco Kerajaan Kelantan di Kompleks Kota Darulnaim di sini, hari ini.
Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan berkata, DAP perlu ingat bukan Pas sahaja yang bergantung kepada sekutunya tetapi DAP dan PKR juga bergantung kepada Pas.
"Kita saling memerlukan. Sebab itu saya kata, DAP dan PKR perlu bertindak bijaksana. Kalau tindakan mereka silap, semua akan rugi," katanya.
Jawatankuasa eksekutif Pusat (CEC) DAP yang bermesyuarat kelmarin membuat pendirian memutuskan semua hubungan dengan Abdul Hadi.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Setiausaha Agung DAP, Lim Guang Eng, berkata DAP tidak boleh lagi bekerjasama dengan Abdul Hadi kerana didakwa tidak jujur dan tidak bermaruah.
Guan Eng dilaporkan berkata sehubungan dengan itu DAP akan menolak RUU berkenaan bila dibentangkan di Dewan Rakyat nanti kerana ia telah tidak dirujuk kepada Majlis Pimpinan PR terlebih dahulu untuk perbincangan. - Bernama

0 orang berkata:
Post a Comment