79 peserta himpunan bantah GST ditahan polis
- Chegubard (kiri) ketika berada dalam trak polis selepas ditahan ekoran Himpunan Bantah GST yang diadakan di pejabat Kastam Kuala Lumpur, di Kelana Jaya, hari ini. - Foto Ihsan FB SUHAIZAN KAIAT.
SHAH ALAM – Seramai 79 individu termasuk 21 wanita ditahan polis ekoran
Himpunan Bantah GST yang diadakan di pejabat Kastam Kuala Lumpur, di
Kelana Jaya, hari ini.
Ketua Pemuda Pas, Suhaizan Kaiat berkata, antara yang ditahan termasuk
pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin
atau Chegubard, Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Hatta Ramli dan Ketua
Penerangan Pemuda Pas, Nasaie Ismail.
“Sebanyak tiga buah trak terlibat menahan mereka. Buat masa sekarang
tidak banyak maklumat diberikan oleh polis,” katanya ketika dihubungi
menerusi sistem aplikasi sosial Whatsapp.
Suhaizan turut berkesempatan mengongsikan gambar keadaan semasa Dr Hatta, Chegubard dan Nasaie di dalam kenderaan polis.
“Pejuang Bantah GST Dr Hatta Ramli, Ketua Penerangan Pemuda Pas, Nasaie Ismail dan Chegubard dalam trak polis. Rakyat tertindas bangga bersama anda,” katanya.
“Pejuang Bantah GST Dr Hatta Ramli, Ketua Penerangan Pemuda Pas, Nasaie Ismail dan Chegubard dalam trak polis. Rakyat tertindas bangga bersama anda,” katanya.
Sebelum ini, sekumpulan individu yang mendakwa mewakili Gabungan Bantah
GST melibatkan pelbagai badan bukan kerajaan (NGO) hadir menyuarakan
bantahan tersebut yang berlangsung pada hari ini.
Kumpulan itu turut mengajukan 106 soalan kepada pihak kastam.
[ARTIKEL BERKAITAN: Isu GST: 106 soalan untuk kastam]
0 orang berkata:
Post a Comment