Kes qazaf Anwar: Peguam tarik diri
KUALA LUMPUR - Mahkamah Rayuan Syariah Wilayah Persekutuan sebentar
tadi menetapkan 27 April bagi mengesahkan notis tarik diri yang
difailkan Peguam Syarie, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar daripada mewakili
tiga pihak dalam kes qazaf Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Permohonan qazaf itu dikemukakan Anwar tujuh tahun lalu, menuntut ketua pendakwa Jawi mengambil tindakan terhadap Mohd Saiful Bukhari Azlan berhubung aduan liwat ke atasnya.
Ketua Umum PKR itu mendakwa bekas pembantunya berbohong dan gagal mengemukakan empat saksi bagi menyokong dakwaan tersebut.
Pada prosiding hari ini, panel tiga hakim mahkamah rayuan yang bersidang dipengerusikan Datuk Mahamad Ibrahim.
Turut bersidang Datuk Aidi Mokhtar, dan Datuk Hussin Harun menetapkan tarikh itu selepas mendengar hujahan Peguam Syarie, Kamar Ainiah Kamarulzaman yang mewakili Anwar.

0 orang berkata:
Post a Comment