Pas tidak siasat kes jatuhkan Hadi
KUALA LUMPUR - Siasatan ke atas rakaman audio yang didakwa milik salah
seorang pemimpin tinggi Pas yang merancang untuk menjatuhkan Presiden
Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak akan diteruskan.
Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali berkata, ini kerana tidak ada
individu atau pihak yang tampil membuat aduan rasmi terhadap laporan
tersebut.
"... Bila ada audio, mesti ada pengadu. Kita tidak ada pengadu. Bila
tidak ada pengadu kita tak boleh teruskan siasatan," katanya ketika
ditemui pemberita selepas satu sidang media hari ini.
Kumpulan penyokong ulama dan presiden Pas pada 23 Februari lalu mendedahkan satu rakaman audio yang didakwa sebagai taklimat dibuat oleh salah seorang pemimpin tinggi Pas yang merancang untuk menjatuhkan Abdul Hadi.
Audio berdurasi 2.10 minit itu memuatkan suara yang dikatakan milik pemimpin tersebut, memberi taklimat kepada rakannya untuk membuat serangan balas terhadap serangan ke atasnya.

0 orang berkata:
Post a Comment