• Tian Chua Tian Chua
1 / 1
KUALA LUMPUR - PKR memberi jaminan akan mencari jalan keluar dan menjadi orang tengah dalam usaha untuk mendamaikan rakan sekutunya antara DAP dan Pas dalam isu enakmen hukum hudud.

Naib Presidennya, Tian Chua berkata beliau yakin ada cara terbaik untuk meredakan perbalahan itu bagi menyelamatkan gabungan pembangkang dalam PR.

"Kita akan usahakan untuk mendamaikan kedua-dua (DAP dan Pas), kita akan usaha untuk pastikan perpaduan PR itu diteruskan, ada cara lah, mesti ada cara.

"Kalau ada usahanya, mesti ada cara nak seribu daya tak nak seribu dalih, kita kena usaha," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, di sini, hari ini.

[ARTIKEL BERKAITAN: Surat terbuka Abdul Hadi]

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din yang membayangkan hubung Pas dengan DAP terputus kerana parti itu tertakluk arahan presidennya sebahagian daripada organisasi parti.

Menurut laporan akhbar, Haron juga dilapor berkata beliau turut mengecam DAP menganggap presidennya sebagai pengkhianat dan berkata ia tidak patut dikeluarkan rakan sekutu dalam PR sendiri.