Ahli Parlimen Islam diminta sokong usul Abdul Hadi
KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen beragama Islam dinasihat menyokong
pembentangan usul peningkatan bidang kuasa mahkamah syariah yang akan
dibentangkan pada Dewan Rakyat nanti.
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, berkata, usul tersebut yang akan dibawa oleh beliau sendiri akan dibentang sebelum 9 April ini.
Jelasnya lagi, pembentangan usul tersebut hanya untuk orang Islam dan tidak melibatkan agama lain.
"Usul ini akan dibawa ke Dewan Rakyat supaya Dewan meminda Akta Mahkamah Syariah Bidang Kuasa Jenayah 1992. Saya mengusulkan supaya Dewan meminda satu peruntukan dalam akta ini iaitu Seksyen 2.
"Bidang kuasa mahkamah syariah kini hanya boleh menjatuhkan hukuman sebanyak tiga tahun penjara, denda RM 5,000 dan enam sebatan sahaja. Jadi saya minta ahli Parlimen menyokong usul saya supaya peruntukan akta tersebut boleh dipertingkat dan ditambah baik," katanya dalam satu sidang media, hari ini.
Beliau berkata, usul yang akan dibawa merupakan usul persendirian Abdul Hadi dan tidak bersangkutan dengan parti.
"Usul ini bukan hanya meliputi mahkamah syariah di Kelantan sahaja bahkan negeri-negeri di negara ini. Adalah penting bagi majoriti ahli Parlimen menyokong usul ini.
"Adalah tidak wajar sekiranya Perlembagaan tidak berpihak kepada usul ini," katanya lagi.

0 orang berkata:
Post a Comment