Guan Eng: DAP sudah hilang kepercayaan kepada Hadi
KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menegaskan pihaknya
tidak boleh bekerjasama dengan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang
susulan tindakannya yang tidak jujur dan bermaruah.
Beliau berkata, pihaknya tidak menolak untuk memutuskan kerjasama politik itu dalam PR sejak 2008 dalam PR kerana DAP sudah hilang kepercayaan dan keyakinan kepada Abdul Hadi.
"Oleh kerana Hadi adalah pemimpin Pas dalam PR, keputusan untuk memutuskan hubungan dengan Abdul Hadi secara efektif akan meletakkan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat dalam keadaan terawang-awang.
"DAP akan bertemu dengan kepimpinan PKR untuk membincangkan nasib PR pada masa depan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Pendirian itu dibuat selepas Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP bermesyuarat semalam bagi membincang dan hala tuju kerjasama DAP dengan Pas selepas Abdul Hadi didakwa melakukan pengkhianat.
Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen (Pas-Marang) didakwa telah melanggari keputusan Majlis Pimpinan PR pada 8 Februari dan 12 Mac lalu berhubung pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) dan Rang Undang-undang Persendirian (RUU) mengenai kuasa mahkamah syariah.
[ARTIKEL BERKAITAN: Mesyuarat CEC DAP tentukan nasib Pas malam ini]
Mengulas lanjut, Guan Eng berkata, DAP juga berasa kesal dengan tindakan tidak jujur dan bermaruah Abdul Hadi yang didakwa bekerjasama dengan Umno untuk melanggari semangat konsesnsus serta dasar bersama PR.
"Abdul Hadi juga melakukan pengkhianatan keputusan bersama Majlis Pimpinan PR atas pencalonan Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon tunggal bagi jawatan Menteri Besar Selangor.
"Tindakan Abdul juga telah mengakibatkan krisis besar yang berlarutan dan hampir menjatuhkan Kerajaan PR Selangor," ujarnya.
[ARTIKEL BERKAITAN: Hudud: Hadi gagal dapat persetujuan PR]
Dakwa beliau lagi, pengkhianatan Abdul Hadi itu juga berlaku akibat beliau termakan hasutan Umno untuk melaksanakan hukum hudud di Kelantan apabila parti pemerintah itu menjanjikan sokongan pada persidangan Dewan Rakyat pada 27 Mac ini.
"DAP menggesa agar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak melengahkan masa lagi dan membuat pendirian jelas dan tegas sama ada akan menyokong atau menolak enakmen hudud di Kelantan, serta menjelaskan peranan Adun-adun Umno Kelantan dalam menyokong rang undang-undang hudud.
"Najib juga harus menyatakan sama ada beliau menyokong RUU yang dibentangkan oleh Abdul Hadi," katanya lagi.

0 orang berkata:
Post a Comment