• #KitaSedia berdepan tindakan polisSebahagian pempinan PR ketika dihadapan pusat membeli-belah Sogo.
 1 / 1 
KUALA LUMPUR - Para pimpinan PR yang turun menyertai himpunan #KitaLawan pada hari ini sedia berdepan tindakan undang-undang.

Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Dr Dzulkifli Ahmad berkata, tidak akan ada mana-mana pihak yang boleh menghalang himpunan tersebut kerana himpunan yang diadakan berlangsung secara aman.


"Kita tidak ada pilihan (kalau masih mahu dikenakan tindakan). Kita sudah hebahkan himpunan ini dan ia akan tetap dilangsungkan.


"Ini (himpunan #KitaLawan) bukan suatu perkara baharu. Ia hak sivil. Kami berhak bersuara," katanya kepada Sinar Online, hari ini.


[ARTIKEL BERKAITAN: #KitaLawan masuk KL walau polis larang]

Semalam, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, penganjur perhimpunan #KitaLawan tidak lagi dibenarkan untuk mengadakan sebarang perhimpunan di ibu kota.

Ini berikutan tindakan kumpulan itu bertindak agresif terhadap penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di Dataran Merdeka.


Khalid berkata berkata, jika perhimpunan itu terus dijalankan, maka polis akan menangkap mereka yang terbabit.