DAP cuba keruhkan keadaan
JOHOR BAHRU - Pas Johor menyifatkan keputusan DAP untuk memutuskan
hubungan dengan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang merupakan satu
cubaan mencampuri urusan dalaman parti itu yang boleh mengeruhkan
keadaan.
Pesuruhjaya Pas Johor, Aminolhuda Hassan yang terkejut dengan tindakan tersebut di mana dalam masa yang sama DAP memutuskan untuk terus kekal dalam PR.
Beliau menyarankan kepimpinan tertinggi ketiga- tiga parti ini untuk mengadakan pertemuan segera untuk mengambil kata sepakat dengan mengutamakan kepentingan rakyat di semua peringkat.
"Hak rakyat Kelantan yang telah memberikan kepercayaan kepada Pas untuk melaksanakan hukum ALLAH yang terkandung dalam al-Quran perlulah dihormati di mana laluan kepada perlaksanaan tersebut mengikut peraturan Perlembagaan Negeri dan Persekutuan.
"Biarkan setiap tahap itu dilalui agar tidak melanggar peraturan dan perlembagaan, maka pendekatan Pas di bawah pimpinan Presiden Pas (Abdul Hadi) jangan dianggap negatif dan membelakangkan rakan-rakan PR," katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.
Katanya, Pas Johor mengharapkan kerjasama PR untuk terus maju dan efektif untuk kebaikan dan kesejahteraan rakyat dan negara Malaysia.

0 orang berkata:
Post a Comment