Azmin kata tak kenal ahli PKR sokong hudud
KUALA LUMPUR - 'Saya pun tak kenal siapa (Naib Ketua PKR Rasah). Entah
siapalah'. Demikian reaksi Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali
ketika ditanya soal pengumuman Naib Ketua Cabang Rasah, Norizam Yassin
yang sebulat suara menyokong Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993
(Pindaan 2015), hari ini.
Menurut Menteri Besar Selangor itu, pendirian parti sudah jelas apabila PKR mengeluarkan kenyataan tidak akan menyokong Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian mengenai kuasa mahkamah syariah yang akan dibawa ke Parlimen bagi meluluskan hukum hudud.
"Ini bukan soal individu. Parti sudah buat keputusan. Kalau 'you' nak tanya, kita ada 500,000 anggota...jadi susahlah. Parti punya pendirian jelas," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen, hari ini.
Sebelum ini, Norizam Yassin memberitahu walaupun mereka sedar keputusan menyokong enakmen Pas Kelantan itu sebagai tindakan yang membelakangkan partinya namun ia dibuat kerana kesedaran sebagai seorang Islam.
[ARTIKEL BERKAITAN: 15 pemimpin cabang PKR umum sokong hudud]

1 orang berkata:
Apabila kamu bermain dengan hukum Allah tunggulah balanya. Sama2 kita tunggu dan lihat apa akan terjadi kepada pkr natijah dari tindakan mereka sekongkol dengan dap. Tidakkah pkr sedar sekiranya Anwar dibicarakan melalui undang2 islam termasuk hudud dia tidak akan merengkok dalam penjara sekarang dan pemfinah2 nya menerima hukuman setimpal.
Post a Comment