Hadi pengkhianat, DAP putuskan hubungan.
Oleh kerana Hadi adalah pemimpin PAS dalam
PR, keputusan untuk memutuskan hubungan dengan Hadi secara efektif akan
meletakkan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat dalam keadaan terawang-awang.
Raja Faiz Zainuddin
KUALA LUMPUR: Kemelut politik di antara PAS dan DAP mencapai satu
penghujung apabila Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP telah dengan
sebulat suara membuat beberapa penetapan yang mengejutkan Pakatan Rakyat
(PR), parti pembangkang.
Dalam
CEC pada 23 Mac 2015, DAP menyatakan pihaknya hilang kepercayaan dan
keyakinan pada Presiden PAS Dato’ Seri Abdul Hadi Awang sebagai pemimpin
Pakatan Rakyat dan akan memutuskan hubungan serta menghentikan
kerjasama dengan beliau.
Oleh kerana Hadi adalah pemimpin PAS dalam PR, keputusan untuk
memutuskan hubungan dengan Hadi secara efektif akan meletakkan Majlis
Pimpinan Pakatan Rakyat dalam keadaan terawang-awang.
“DAP akan bertemu dengan kepimpinan PKR untuk membincangkan nasib
Pakatan Rakyat pada masa depan,” kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng
dalan satu sidang media di parlimen hari ini.
UMNO dituduh menghasut PAS untuk melaksanakan undang-undang hudud di
Kelantan pada 27 Mac 2014 semasa sidang Parlimen dengan menjanjikan
sokongan Kerajaan Persekutuan.
“Berikutan itu, DAP menggesa agar Perdana Menteri Datuk Seri Najib
Razak tidak melengahkan masa lagi dan membuat pendirian jelas dan tegas
sama ada akan menyokong atau menolak enakmen hudud di Kelantan, serta
menjelaskan peranan Adun-adun UMNO Kelantan dalam menyokong rang
undang-undang hudud. Najib juga harus menyatakan sama ada beliau
menyokong Rang Undang-undang Persendirian yang dibentangkan oleh Hadi,”
ujar Guan Eng.
DAP menolak pelaksanaan undang-undang hudud kerana ia bercanggah
dengan Perlembagaan dan rakyat Malaysia yang menyokong PAS dalam Pilihan
Raya Umum yang lalu tidak mengundi untuk pelaksanaan hudud tetapi untuk
Dasar Bersama.
“Justeru, setiap 37 Ahli Parlimen DAP akan menolak Rang Undang-undang
Persendirian berkenaan dengan hudud yang dibentangkan oleh Hadi Awang.”
DAP juga menyampaikan kekesalan di atas tindakan tidak jujur dan
tidak bermaruah Hadi Awang yang bekerjasama dengan UMNO untuk melanggari
semangat konsensus serta Dasar BersamaPakatan Rakyat.
DAP melabelkan Hadi sebagai pengkhianat termasuk terhadap keputusan
bersama yang dibuat dalam Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat atas pencalonan
Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon tunggal Pakatan Rakyat
untuk jawatan Menteri Besar Selangor, sehingga mengakibatkan krisis
besar yang berlarutan dan hampir menjatuhkan Kerajaan Pakatan Rakyat
Selangor.
“Hadi gagal menepati kata-katanya sendiri semasa Majlis Pimpinan PR
pada 8 Februari 2015 bahawa Enakmen Kanun Jenayah Syariah II Kelantan
2015 akan dibincangkan pada Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat,” jelas Guan
Eng lagi.
0 orang berkata:
Post a Comment