Kalau tak selesa, DAP boleh keluar
KOTA BHARU - Pas mampu berjuang bersendirian sekiranya parti itu mengambil pendirian untuk keluar dari PR.
Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, Pas
pernah mengalami zaman sukar ketika keluar dari BN, namun bangkit
memenangi pilihan raya pada 1990.
“Itu pengalaman kita, kita pernah bersendirian, kalau parti komponen
berkeras untuk berpecah, kita tak ada pilihan, tapi kita sudah ada
pengalaman berbanding orang lain, (menang di Kelantan bersendirian),
kita sudah ada rekod itu, bukan ingin berbangga,” katanya kepada media
selepas Mesyuarat Exco di sini, semalam.
Mengulas desakan supaya Pas keluar PR, Mohd Amar berkata, parti itu
tidak mempunyai sebarang masalah dengan PR dan tidak ada alasan untuk
keluar daripada pakatan tersebut.
“Kalau DAP tak selesa dengan kita, dia (DAP) yang kena keluar, kita
tak ada masalah dalam PR, kenapa kita perlu keluar, yang ada masalah
DAP,” katanya.
Mohd Amar mengakui semua parti dalam PR termasuk PKR dan DAP akan menerima kesan sekiranya berlaku perpecahan.
Beliau berkata, perkara itu juga berlaku di negeri PR yang akan
menerima nasib sama sekiranya krisis berlaku tidak diselesaikan dengan
baik.
“Kita (PR) perlu satu sama lain, DAP jangan ingat mereka menang di
Pulau Pinang kerana kekuatan mereka sahaja, ada sumbangan daripada rakan
komponen lain, jangan ingat Pas sahaja rugi jika berlaku perpecahan.
“Kalau tidak setuju hudud, tak apa, itu hak mereka (DAP), tapi jangan
terlalu bersungguh menentang sehingga menimbulkan keresahan pengundi
Melayu,” katanya.
Beliau berkata, walaupun banyak perkara boleh menjadi punca
pergaduhan, tetapi Pas lebih bertolak ansur dan menghormati satu sama
lain.
“Perlu diingat, Pas pernah beri laluan DAP guna lambang parti itu
ketika Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia ingin mengharamkan DAP
dan tidak benar DAP bertanding suatu ketika dahulu,” katanya.
Mengulas tindakan PKR Sabah dan DAP Sabah memutuskan hubungan
politik dengan Pas negeri itu sehingga menyebabkan PR di negeri itu
terbubar automatik, Mohd Amar berkata, apa yang berlaku agak songsang.
1 orang berkata:
Allah ciptakan musuh2nya tempat dineraka...pilih lah jalan mana....berpandukan hawa nafsu @ berpandukan syarak utk membuat pilihan.....
Post a Comment