PasMa umum jadi parti politik lepas muktamar
NGO Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) akan mengumumkan sama ada badan itu akan menjadi parti politik atau tidak, selepas berakhirnya muktamar PAS Jun ini.
Presidennya, Datuk Phahrolrazi Zawawi berkata setakat ini pihaknya "menunggu masa yang sesuai" khususnya "bagi melihat terlebih dahulu keadaan parti Islam itu" selepas muktamar tahunannya di Kuala Selangor.
"Banyak pihak yang nak tunggu saya umumkan jadi parti politik atau tidak. Saya sangat berhati-hati dalam isu ini agar elak kita dari terperangkap dalam cabaran sesetengah pihak.
"Kalau kita nak jadi parti politik, kita tidak boleh jadi parti politik bersendirian. Kita hendaklah jadi satu komponen dari Pakatan Rakyat.
"Kita tunggu masa yang sesuai ingin umumkan dalam satu konvensyen PasMa peringkat nasional. Kita jangka bulan enam.
"Selepas Muktamar (PAS) kita jangka, kita akan buat satu keputusan (tubuh parti atau tidak),” katanya dalam konvensyen NGO itu di Shah Alam.
Menurut Phahrolrazi lagi, kini pihaknya sedang mengumpulkan maklumat awal mengenai perkara itu dan akan membawanya ke dalam kovensyen akan datang.
Phahrolrazi mengulas desakan kira-kira 50 penyokong PasMa dalam Konvensyen PasMa peringkat Wilayah Persekutuan dan Selangor untuk menyatakan pendirian sama ada NGO itu mahu menjadi parti politik.
Rata-rata soalan yang ditujukan kepada beliau juga berkisar dakwan beliau terlalu berlembut kerana tidak membuat serangan balas kepada PAS.
Beliau yang juga ADUN PAS Pengkalan Kundor berkata pihaknya kini sedang mengumpulkan maklumat awal dan akan membawanya ke dalam kovensyen nasional NGO itu akan datang.
Turut hadir dalam acara itu ialah ADUN Hulu Kelang, Saari Sungib dan bekas exco Selangor Ronnie Liu
17 orang berkata:
Mengapa tak berambus awal awal lagi.
Kalau berambus awal rugi la...mana tau kot2 ada jebon2 pasma menang dlm pemilihan kali ini...
Aku dah tak sabar nak isi borang jadi ahli PasMa. Dah meluat sangat dengan perangai Presiden PAS sekarang.
Sila tuan tak sape rugi
PAS dah tak releven bersama PR,elok lh PASMA wujud.kalo Hj Hadi kalah ok lh.
Baik chaw awal beb tak kalu termalu, spesis tidak dihendaki malu kita keluarga pun dapat malu beb,terbuka kemaluan
Elok bt awal pasma pas pn dh mcm nk keluaq dari pakatan pru 14 kita jgn pangkah pas dh
Ada sape kesah,aku tak pun..
PAS dah jadi Parti Ajaran Sesat di bawah pimpinan Hadi dan penganut2 taksubnya. Mensyirikkan Allah.
PAS adalah parti ajaran syiah yg akan berkubur dgn lebai2 malang mrk. Akan lupus spt parti dinosaur bkn parti dinamik.
Mat sabu ,husam,hanipa,mujahid boleh jadi tim.preiden dan naib pres. Nanti. Sebab mereka akan kalah dalam muktamar pas nanti.
Sebab itu Pusma nak tunggu bulan june. Nak kutip mayat mayat lepas muktamar pas nanti.
Ularmak PAS adalah pemimpin gerakan Parti Ajaran Sesat di Msia. Lebih baik org2 yg beriman dgn Allah keluar beramai2 jika puak2 sesat ni menang dlm pemilihan syok sendiri mrk.
Ularmak PAS telah jadikan Allah ahli parti sesat ni krn mrk boleh online dgn Allah dlm mengkafirkan org lain. Allah tak perlukan pembelaan PAS utk menjual Islam. Islam utk semua makhluk di bumi bkn milik Parti Ajaran Sesat.
Mengapa guan eng dan lim kit siang di kenali sebagai kafir? Atau mereka bukam kafir?
Adakah ALLAH memberi tahu kita mereka itu kafir? Tidak. Tetapi ALLAH memberi ciri ciri orang kafir.
Begitu juga ,orang yang bernamakan dengan nama islam tetapi, beeciri org
Kafir, maka kafir juga lah tu.
Kalau PKR tolak hudud. Maka pkr sama dengan dap. Wan azizah dan azmin tolak hudud maka wan azizah dan azmin sama dengan lim kit siang dan guan eng.
Syukran tuan tuan,sabar itu separuh dari IMAN dengan bersabar dengàn cacian tu membuat aku beristifar kan itu pahala
Sape yg nak keluar Pas dipersilakan kerana mereka inilah parasit, jenis ni memang elok tinggalkan pas kerana lg lama dalam pas akan rosak lg pas. Kalau Dari segi memerangi parasit ni memang nak kena sembur racun pun jadi puak puak ni memang dah tahu pun akan mati jadi sebelum kena racun tu yg pakat nak lari pun.
Parasit ni mcm siput gondang yg merosakan tanaman padi tu...siput ni ikut air kemana air mengalir kesitu dia pergi. Sekali kena hapus dengan racun pokok padi pun tumbuh subur. Dalam pas pun mcm tu juga sekali puak puak parasit ni blah maka akan suburlah Pas.
Kempen pembersihan parasit dalam PAS patut dimulakan dengan pembuangan beramai ramai para parasit ni dalam pemilihan kawasan
PARTI AJARAN SESAT
Post a Comment