Semua pihak perlu akur arahan Pas Pusat
GEORGETOWN - Semua pihak terutama Pas Permatang Pauh perlu akur arahan
Pas Pusat agar membantu jentera PKR untuk memenangkan calon PKR dalam
Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh.
Menegaskan demikian, Timbalan Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang, Datuk Dr
Mujahid Yusof Rawa berkata, tidak timbul soal parti itu meletakkan
syarat kepada PKR sebaliknya komited membantu jentera pilihan raya.
Katanya beliau percaya Pas Permatang Pauh tidak akan memboikot PRK
berkenaan dan akan akur dengan keputusan Pas Pusat supaya bekerjasama
dengan PKR.
"Selain Pas Pulau Pinang, jentera Pas dari Perlis, Kedah dan Perak juga akan membantu," kata Mujahid.
Dalam pada itu, beliau berkata Pas Pulau Pinang tidak akan menggunakan
PRK itu sebagai pentas menjelaskan pelaksanaan hukum hudud di Kelantan.
"PRK Parlimen Permatang Pauh diterajui oleh PKR kerana mereka yang bertanding di situ.
"PRK Parlimen Permatang Pauh diterajui oleh PKR kerana mereka yang bertanding di situ.
"Jadi Pas akan mengikut kempen mereka dan kenapa pula saya perlu
mencadangkan kepada PKR untuk memberi penjelasan berhubung hudud,"
katanya kepada satu pertanyaan.
Mujahid berkata pihaknya juga tidak perlu memberi sebarang penjelasan berhubung hukum hudud jika orang atau masyarakat bukan Islam tidak bersetuju dengannya.
"PKR yang akan tentukan keutamaan kempen mereka dan pada Pas yang penting strategi kempen adalah untuk PKR menang di Permatang Pauh," katanya.
Mujahid bercakap kepada pemberita selepas sambutan ulang tahun ke-207 Masjid Melayu Lebuh Acheh di sini hari ini.
Turut hadir dalam sidang akhbar itu Pengerusi Yayasan Islam Pulau Pinang Datuk Mansor Othman yang juga Pengerusi PKR Pulau Pinang.

Sementara itu, Mansor yang juga Pengarah PRK Permatang Pauh berkata isu
itu bukan baharu dan setiap kali PRK ia akan timbul namun pihaknya
tidak mengambil mudah dan sebaliknya akan mencari jalan untuk
menyelesaikannya.
Katanya beliau percaya isu berkenaan dapat diselesaikan sebelum hari penamaan calon Sabtu ini. - Bernama
Katanya beliau percaya isu berkenaan dapat diselesaikan sebelum hari penamaan calon Sabtu ini. - Bernama
0 orang berkata:
Post a Comment