Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

MAT SABU RUPANYA TIDAK BERTANGGUNGJAWAB PRESTASI PAS

Satiful bidas kritikan terhadap Abdul Hadi
  • Satiful Bahri MamatSatiful Bahri Mamat
 1 / 1 
KUALA TERENGGANU – Pesuruhjaya Pas Terengganu, Satiful Bahri Mamat membidas kenyataan terbaharu Mohamad Sabu yang mempertikai prestasi Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Menurutnya, Mohamad yang mengekalkan jawatan Timbalan Presiden Pas sepatutnya membuat perbandingan dengan pencabarnya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan bukannya Abdul Hadi.

“Kalau benar-benar hendak kira prestasi, sepatutnya dibuat perbandingan antara presiden dan calon presiden (Ahmad Awang). Ahmad Awang tidak pernah menang (dalam pilihan raya) tetapi Datuk Seri Abdul Hadi sudah berapa lama menjadi Ahli Parlimen dan kalah sekali sahaja.

Jelasnya, jika mahu diungkit prestasi pilihan raya, Mohamad tidak sepatutnya melihat prestasi Abdul Hadi di Terengganu sahaja, sebaliknya secara keseluruhan.

“Pas berjaya mendapat Terengganu sebanyak dua kali iaitu 1959 dan 1999. Pada 1999 kita habiskan satu penggal tetapi di Perak tidak sempat. Sebab apa Perak jatuh? Kerana lompat parti. Tiada ahli Pas lompat parti, yang ada PKR dan DAP,” katanya.

Beliau turut mengingatkan Mohamad supaya tidak membangkitkan unsur-unsur membawa perpecahan ahli Pas.

Katanya, jika Mohamad diberi kepercayaan menjadi pemimpin selama ini, beliau juga perlu bersedia dipimpin sekiranya orang lain diberi kepercayaan dan meminta Mohamad menghormati keputusan perwakilan pada pemilihan nanti.

ORANG TAK TAHU ISLAM BERCAKAP TENTANG ISLAM, TAPI MENGAKU ISLAM

Nik Baharum bidas Zairil berkenaan hudud
  • hudud
 1 / 1 
KOTA BHARU - Penasihat Undang-Undang Kelantan, Nik Baharum Nik Abdullah membidas kenyataan Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari yang mendakwa hudud yang diperkenalkan Pas ialah ‘alat politik’ untuk memecahbelahkan pembangkang.

Menurutnya, pemimpin DAP itu dilihat tidak memahami undang-undang atau memandai-mandai dalam urusan undang-undang Islam itu.

“Secara asasnya undang-undang Islam berasaskan kepada wahyu. Kerana itu al-Quran dan al-Hadis secara dasar menerangkan beberapa bentuk peraturan yang kita kenali sebagai hudud, qisas dan takzir.

“ALLAH SWT mewajibkan peraturan-peraturan tersebut dengan nas-nas daripada al-Quran dan al-Hadis. Contohnya ayat tentang kesalahan mencuri diperintahkan potong tangan sebagai hukumannya,” jelasnya melalui laman sosial Facebooknya, semalam.

Selain itu, Zairil didakwa menyatakan DAP tidak menentang hudud sebagai hukum Islam tetapi mempersoalkan pelaksanaannya di Kelantan, khususnya dalam kesesuaian masa pelaksanaannya.

Nik Baharum berkata, masyarakat Islam pada awalnya menerima peraturan memotong tangan pencuri dengan senang hati, termasuklah ayat yang mewajibkan peraturan tersebut juga diturunkan dalam bahasa pertuturan mereka.

“Begitulah amalan mereka sehingga akhirnya undang-undang syariah tersebut tidak lagi diamalkan dengan meluas di dalam dunia ini kerana kejatuhan sistem khilafah pada awal 1900 dahulu.

Pada masa yang sama kehidupan masyarakat dunia semakin kompleks. Pemikiran berkembang. Sistem kehidupan telah berubah dari awal turunnya wahyu.

“Dari ‘common law’ kepada undang-undang bertulis. Undang-undang bertulis diperhalusi susunan ayatnya.

Titiknya di mana, predikatnya, seksyennya, semuanya disusun dan diatur sebegitu rupa sehingga tidak lagi boleh dipertikai di mahkamah yang mulia,” katanya.

NIZAR DAN AHMAD AWANG TIADA JAWATAN PENTING DALAM PAS

LEPAS NI KITA NAK DENGAR ORANG PENTING DALAM PAS GASAK SAMA HADI SEPERTI NAIB-NAIB PRESIDEN, KETUA PEMUDA, KETUA MUSLIMAT, DEWAN ULAMA, MAT SABU DAH MULAKAN, SEBAB DIA SERANG DI KATAKAN DIA PASTI KALAH, NAIB-NAIB PRESIDEN AMCAM ? - Pak Karamu

Hairan, Umno tolak Najib, Hadi pertahan
  • Abdul Hadi Awang Abdul Hadi Awang
 1 / 1 
KUALA LUMPUR - Krisis kepimpinan Pas Pusat semakin meruncing menjelang pemilihan parti itu minggu depan apabila Datuk Seri Abdul Hadi Awang terus-menerus diserang dari pelbagai sudut kerana kelemahannya sebagai Presiden Pas.
 
Belum pun perbalahan dengan timbalannya, Mohamad Sabu selesai, kini giliran Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Datuk Seri Nizar Jamaluddin pula menyindir kepimpinan Abdul Hadi.
 
Nizar yang juga bekas Menteri Besar Perak melahirkan kehairanannya apabila Abdul Hadi mempertahankan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika ahli dan pemimpin Umno sendiri menolaknya.
 
"Mereka hari ini semakin marahkan Najib, kalau kita lihat apa Najib buat hari ini dengan Tabung Haji, GST dan kes Altantuya, orang Umno dah getik dekat Najib ini.
 
"Tiba-tiba presiden Pas pula kata pertahankan Najib dan mahu kekalkan dia, ini kita tak nak," katanya pada forum bertajuk “Mampukah Pas Dilonjakkan Pasca Jun 2015” di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur - Selangor di sini, semalam.

Beliau juga menegaskan kepimpinan Abdul Hadi kian tersasar daripada landasan Pas yang sebenar apabila dengan mudah menggelar ahli parti dengan panggilan buruk dan enggan mengaku kesilapan.
 
"Ada yang mengatakan bahawa parti Islam ini sebagai satu keluarga, presiden ini ayah dia, jadi kita kena sokong ayah kita.
 
"Kalau presiden ayah kita, boleh tak ayah panggil anak dia barua?
 
"Bila kita bagi tahu dekat dia, suruh dia akui benda itu dan mohon maaf, orang akan hormat," ujarnya.
 
Nizar berkata lagi, tindakan Abdul Hadi meletakkan calon Pas di kerusi Dun Kota Damansara pada PRU13 lalu itu adalah perbuatan khianat terhadap rakan PR yang lain.
 
"Kita sudah buat perjanjian, tempat ini diwakili oleh PKR, tiba-tiba Pas letak seorang calon, ini khianat parti terhadap rakan kita, mana boleh," tegasnya.
 
Dalam pada itu, katanya lagi, bekas naib presiden Pas, Ahmad Awang adalah calon terbaik untuk mencabar Abdul Hadi khususnya dari segi penguasaan pelbagai bahasa dan hubungan diplomatik.
 
"Siapa tak kenal ustaz Ahmad Awang, dia baru balik dari Beirut, persidangan antarabangsa di Lubnan, dia dekat situ, dia boleh cakap bahasa Arab dengan baik, malah dia juga boleh berkomunikasi dan bercakap dalam bahasa Inggeris dan dia (Abdul Hadi) tak boleh.
 
"Bukan nak perkecilkan, hari ini politik kontemporari perlukan kualiti ini, kita perlukan mereka yang berkeupayaan, supaya orang akan hormat parti kita, hormat negara kita," katanya.

Ucapan ahmad awang adalah kempen MERAIH UNDI

'Tubuh parti lain bukan matlamat saya'
  • 'Tubuh parti lain bukan matlamat saya'Ahmad Awang ketika bercakap pada forum bertajuk 'Mampukah Pas Dilonjakkan Pasca Jun 2015' di Kuala Lumpur-Selangor Chinese Assembly Hall, malam tadi. - Foto Sinar Online oleh NIZAM ZAIN
 1 / 1 
KUALA LUMPUR - Bekas naib presiden Pas, Ahmad Awang memberi jaminan tidak akan menubuhkan parti baharu jika beliau ditewaskan lawannya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagi merebut jawatan presiden Pas pada Muktamar Tahunan Pas ke-61, pada Khamis depan.

Beliau menegaskan bahawa tindakan keluar parti itu dengan menubuhkan parti serpihan Pas nyata bertentangan dengan matlamat asalnya untuk mencabar jawatan presiden itu.

“Kalau menang, langkah kami ialah buat islah atau pembaikan dengan menyatupadukan ahli Pas di semua (peringkat) kumpulan berdasarkan Perlembagaan Pas dan berlandaskan al-Quran dan al-Sunnah.

“Kalau kalah, tujuan bertanding untuk menyatukan Pas, kalau tubuh parti lain itu (sudah) keluar dari matlamat saya, saya tidak akan tubuhkan parti baharu, yang salah bukan Pas,” katanya pada forum bertajuk 'Mampukah Pas Dilonjakkan Pasca Jun 2015' di Kuala Lumpur-Selangor Chinese Assembly Hall, di sini, malam tadi.

Pada 15 Mei lalu, bekas Pesuruhjaya Pas Perak itu mengesahkan akan mencabar Abdul Hadi bagi merebut jawatan Presiden Pas pada pemilihan parti itu, minggu depan.

Mengulas lanjut, Ahmad juga berkata, Abdul Hadi dan mana-mana calon pemimpin Pas Pusat tidak akan dipinggirkan dalam kabinet beliau jika beliau memenangi pertandingan tersebut.

“Langkah pertama ialah pihak yang kalah akan diwakili dalam kabinet kami (tidak dipinggirkan), tak mahu ketepikan (Abdul Hadi),” ujarnya.

Beliau berkata lagi, usaha pembaikan dalam Pas perlu dilakukan segera dan pemilihan Pas kali ini bakal menentukan hala tuju Pas menjelang PRU14 sama ada kekal sebagai rakan kuat dalam PR atau berdepan risiko kehilangan kerusi khususnya di Selangor.

“Pemilihan Pas dua tahun sekali, kalau pimpinan tidak bawa kami (bertanding), PRU14 akan habis kerusi Pas (Selangor),” katanya sambil menegaskan beliau akan terus bekerja untuk menyatupadukan ahli dan pimpinan Pas meskipun tewas pada pemilihan Pas itu.
 
Sementara itu, Ahmad berkata lagi keputusan untuk bertanding kali ini bukan sesuatu yang membuang masa, sebaliknya kemenangan itu boleh dicapai.
 
“Kalau kalahpun takkan saya dapat 100 undi saja daripada 1,000 perwakilan.
 
“Kalau saya dapat 500 undi, dan pemenang boleh 550 maka, maka saya kena berfikir, kemenangan itu boleh dicapai, bukan buang masa saja tapi achieveable,” katanya lagi.

UNDI LE BN !!!

Semua jenis minyak naik 10 sen seliter
  • minyak
 1 / 1 
KUALA LUMPUR - Harga runcit petrol RON95 dan RON97 serta diesel bagi Jun 2015 naik 10 sen seliter berkuatkuasa tengah malam ini.
 
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek berkata, harga baharu RON95 ialah RM2.05 seliter, RON97 (RM2.35 seliter) manakala diesel (RM2.05 seliter).

"Harga tersebut berkuat kuasa mulai 12.01 pagi, 1 Jun ini," katanya ketika dihubungi Bernama. - Bernama

SUARA MAT SABU BERBAU DAP

Apabila Mat Sabu telah di julab, maka kesannya sangat bahaya, sehingga sanggup jatuhkan bosnya sendiri secara terbuka, Mat sabu berbuat demikian bukan kerana ia berkempen mempertahankan kedudukannya sebagai Tim Presiden parti, tapi Mat Sabu sudah Tahu yang dia akan KALAH dengan Tuan Ibrahim Tuan Man, jadi dia akan bercakap apa sahaja untuk melepaskan GERAM

Nahu ayat yang di luahkannya sama seperti nada Guan Eng, Suatu ketika dahulu dia adalah orang yang paling di minati di dalam PAS, sekarang tidak lagi KENAPA ? Semua orang boleh jawab - Pak Karamu

Sindir Hadi: Mat Sabu buka ruang pada parti lawan
  • Ahmad YakobAhmad Yakob
 1 / 1 
PASIR MAS - Tindakan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang membuat kritikan terbuka dan sindiran ke atas Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang membuka ruang kepada pihak lawan untuk menyerang kepimpinan seterusnya melemahkan perpaduan parti.

Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Ahmad Yakob berkata, kritikan terbuka itu boleh menimbulkan persepsi negatif terhadap kepimpinan Pas dan ia sepatutnya dibuat secara dalaman.

"Sebagai Timbalan Mursyidul Am, saya nasihatkan supaya apa-apa jua masalah dalaman parti jangan didedahkan kepada umum dan seboleh-bolehnya diselesaikan secara tertutup," katanya.

Terdahulu, Ahmad yang merupakan Menteri Besar Kelantan merasmikan Majlis Sambutan Jubli Perak Kelantan Membangun Bersama Islam Zon Utara di Stadium Mini Pasir Mas di sini, hari ini.

Turut hadir Speaker Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan, Datuk Abdullah Yaakob, Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Utiliti dan Teknologi, Datuk Hanifa Ahmad.

Sinar Harian hari ini melaporkan, Mohamad atau lebih dikenali dengan panggilan Mat Sabu secara terbuka mengkritik dan menyindir Abdul Hadi ketika menyampaikan ceramah 'Kukuhkan Pakatan Pembangkang, Tumbangkan BN', di Tumpat.

Mat Sabu mengkritik kegagalan Abdul Hadi menawan Terengganu dan menyindir Ahli Parlimen Marang itu yang mahu keluar daripada pakatan pembangkang.

Tegasnya, Pas tidak mampu mencapai kemenangan dalam pilihan raya sekiranya tidak mendapat bantuan parti lain dalam pakatan pembangkang.

Ahmad berkata, Pas membuka ruang ahli untuk melontarkan pandangan terhadap parti melalui muktamar yang bakal berlansung tidak lama lagi.

"Kita ada ruang untuk bagi pandangan, dengar dulu ucaptama dari Presiden kemudian bahaslah dengan memberikan cadangan serta idea kearah memperkukuhkan parti bukannya menghancurkan," katanya.

Muktamar penentu segala keputusan

Kekal bersama PR bukan di sebabkan pemimpin, akan tetapi keputusan Muktamar, sejauh mana Muktamar membuat keputusan maka itu adalah keputusan yang muktamat - Pak Karamu

Pas perlu kekal dalam PR, kata Ahmad
  • Ahmad AwangAhmad Awang
 1 / 1 
TUMPAT – Calon Presiden Pas, Ahmad Awang berpandangan  parti itu perlu kekal dalam PR jika mahu maju ke hadapan.

Bagaimanapun jelasnya, yang menentu keputusan sama ada Pas kekal atau tidak dalam PR itu bergantung kepada Muktamar Tahunan Pas minggu depan.

Ahmad berkata, kalau ada pemimpin tertinggi yang mahu keluar dari PR adalah bercanggah dalam Muktamar dan itu hanya pandangan individu kerana kuasa tertinggi dalam parti adalah Muktamar.

“Kekal dalam PR bergantung kepada keputusan Muktamar, kalau saya yang hendak macam tu tetapi yang lain nak batal keputusan, itu terserahlah,” katanya selepas ceramah isu semasa di tapak pasar malam bandar Tumpat, malam kelmarin.

Berkongsi pengalamannya di Perak, bekas pesuruhjaya Pas Perak itu berkata, dia akui ketika baharu bersama DAP, memang terdapat masalah tetapi hasil perbincangan percanggahan itu dapat diatasi.

“Jadi dalam hal ini adalah berpakat, itulah jadinya pakatan, tetapi masalahnya ada pemimpin itu tidak mahu bincang, datanglah masalah lain,” katanya.

KENYATAAN YANG NAK BAGI TENANG .....

Bila kita duduk di negeri Selangor kita terpaksa telan kebenaran yang berlaku, kemudian luahkan yang batil ? Apa reality pergolakan di dalam PAS hingga di katakn di gembar gemburkan ? - Pak Karamu

'Isu yang dibesarkan'
  • Ahmad Yunus Hairi
 1 / 1 
KLANG - Tekanan DAP terhadap Pas menjelang Muktamar Tahunan Pas ke-61 nanti cuma isu yang diperbesarkan.

Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu dan Warisan, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi berkata, tidak ada isu tekanan DAP terhadap Pas sebagaimana yang digembar-gemburkan.

“Saya rasa ia cuma satu isu yang diperbesarkan sahaja. Saya kira tak ada apa isunya,” katanya selepas merasmikan majlis Sambutan Hari Guru dan Penyampaian Anugerah Hari Kualiti Pendidikan 2015 Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), semalam.

Bercakap mengenai muktamar, Ahmad Yunus berkata, ia adalah jalan penyelesaian ke atas perkara-perkara yang didebatkan.

Katanya, keputusan akan dicapai selepas penggulungan dilakukan walaupun senarionya pelbagai.

“Ia macam tradisi yang biasa berlaku. Saya rasa ahli-ahli pun dah dewasa berkaitan dengan isu yang berlaku.

“Saya harap muktamar pada kali ini akan berakhir dengan baik. Macam carik-carik bulu ayam akhirnya bercantum juga,” katanya.

INGAT HANYA DUNIA SAHAJA SEBAB ITU MEREKA BERTUANKAN DAP

DAP banyak campur tangan urusan Pas
  • Tuan Ibrahim Tuan ManTuan Ibrahim
 1 / 1 
SHAH ALAM – Terlalu banyak campur tangan pimpinan DAP dalam pentadbiran Pas membuatkan seolah-olah wujud kumpulan dalam Pas yang suka mengikut nasihat DAP.

Naib Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, meskipun DAP merupakan rakan komponen dalam PR, tetapi parti itu tidak sepatutnya mencampuri urusan dalam Pas.

“Seperti sekarang, pimpinan DAP seolah-olah cuba campur tangan dalam pemilihan Pas yang akan berlangsung Jun ini. Antaranya ialah DAP sering menyebut mengenai keperluan untuk Pas menukar kepimpinan.

“Apabila ada kenyataan daripada DAP, ia seolah-olah mencerminkan wujud situasi begitu (golongan yang menyokong DAP). Sepatutnya tiada orang luar yang menentukan hala tuju Pas,” katanya, semalam.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kelmarin bahawa wujud dua golongan dalam Pas, iaitu yang menyokong DAP dan golongan yang setia mempertahankan dasar Pas.

Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim bagaimanapun berkata, segala kritikan dan campur tangan DAP tidak akan menjejaskan dasar parti Islam itu.

“DAP pernah menyatakan tidak menerima kepimpinan Abdul Hadi, tetapi masih kerjasama dengan Pas. Ini sesuatu yang pelik.

“DAP tidak perlu tunggu sehingga selepas muktamar ini untuk melihat dasar dan polisi Pas. Ini kerana, bagi kita, terutamanya golongan ulama dalam Pas, sama ada sebelum atau selepas muktamar, perjuangan kita tetap sama dan tidak berubah,” katanya.

AHAD, 31 MEI 2015

KITA SEMAKIN PANAS









AWAS

berjaga jaga
cuaca panas sedang meledak
dunia semakin panas
amaran yang diberikan 
10 tahun dalu
tidak diendahkan
akibatnya
kini dunia semakin berbahang
NOTA
dalam masa 10 hari minggu ini
1,800 warga 
telah mati kepanasan  di india
seramai 1300 mati kepanasan
di wilayah andhra pradesh selatan india
berbanding 443 yang mati 
pada musim yang sama tahun lalu



DUNIA 

SEMAKIN PANAS 

dunia semakin panas
penduduk dunia semakin bertambah
bila wilayah subur menjadi kering
tanaman gagal
makanan menjadi payah
maka
kiat akan lihat ledakan sosial berlaku
kali ini bukan pderang minyak
tetapi
perang merebut air

-------------

APA PERLU GUAN ENG MOHON MA'AF ? CER TANYA MAT SABU

Gesa Guan Eng minta maaf
  • Lim Guan EngLim Guan Eng
 1 / 1 
KUANTAN – Pemuda Pas Kuantan menggesa agar setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng meminta maaf dan menarik semula tuduhan yang dilemparkan terhadap Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi demi kelangsungan PR.

Ketuanya, Fadhli Ibrahim berkata, sebagai sebuah parti gabungan sepatutnya semangat setia kawan perlu diperkukuhkan dalam usaha menjernihkan hubungan parti dalam PR.

“Di mana semangat setia kawan dalam PR, dan kami kecewa apabila DAP tidak henti-henti menyerang Pas terutamanya terhadap Abdul Hadi. Malah pelbagai tuduhan liar dan berniat jahat dilembarkan kepada Pas,” katanya dalam satu kenyataan mengenai dakwaan Guan Eng yang mengatakan Abdul Hadi lebih condong kepada Umno.

Beliau mengingatkan Dap supaya tidak mencampuri urusan Pas memandangkan parti itu hanya jiran dalam PR.

“Saya minta jangan  sesuka hati masuk ke dalam kamar tidur ayah dan ibu kami kerana mereka (DAP) hanya berjiran,” katanya.

Fadhli berkata sepanjang Pas menyertai PR tidak pernah timbul isu pemimpin parti Islam itu mengkhianati PR.

“Tidak pernah berlaku seperti yang didakwa, sebaliknya ia berlaku oleh parti lain dalam PR itu sendiri,” katanya.

Jelasnya, pemilihan Pas tahun ini menunjukkan parti itu semakin berkembang dan berpengaruh apabila wujudnya campur tangan dari parti lain termasuk DAP.

Katanya, campur tangan berkenaan menunjukkan Pas dilihat mampu  menggantikan Umno untuk menggalas amanah kepimpinan negara.
free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.