Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

BONGKAR

Ramli Yusoff dakwa bekas KPN dan Peguam Negara cuba jatuhkannya


 | May 27, 2015 

Bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ)Komersil Bukit Aman mendakwa Tan Sri Musa Hassan tidak berpuas hati denganya dalam beberapa kes termasuk kes mata lebam Datuk Seri Anwar Ibrahim. 


Ramli 

PETALING JAYA: Bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ)Komersil Bukit Aman, Datuk Ramli Yusoff mendakwa Tan Sri Musa Hassan dan Tan Sri Gani Patail berpakat untuk mengeluarkannya daripada pasukan polis.


Beliau berkata, kebencian Musa bermula ketika beliau menjadi Pemangku di Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.


Katanya, Musa melanggar pelbagai kesalahan jabatan dan beliau selaku Pemangku Ketua Jabatan telah memberi beberapa surat tunjuk sebab kepada bekas Ketua Polis Negara itu.


Dakwanya, perasaan tidak puas hati Musa terhadapnya semakin membara selepas kes mata lebam Datuk Seri Anwar Ibrahim, kes siasatan terhadap syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) dan kes Goh Cheng Poh.


Ramli memberi kenyataan itu dalam perbicaraan kes saman rakannya yang juga peguam kanan, Rosli Dahlan, terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Kerajaan Malaysia pada Rabu.


“Saya adalah saksi utama kes mata lebam (Anwar Ibrahim). Saya adalah salah seorang yang menarik Tan Sri Rahim Noor (bekas Ketua Polis Negara) dari sel tahanan Anwar bersama dengan bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Yaacob Mohd Amin.


“Musa meminta saya mereka bukti dengan membuat laporan polis terhadap Anwar kerana membuat laporan palsu terhadap Rahim,” kata Ramli.


Dalam penjelasannya beliau mengakui tidak mengikut arahan berkenaan.


“Saya memberitahu Musa dan Gani Patail bahawa Anwar memang dikasari,” katanya.


Dalam kes MAS pula, Ramli berkata, beliau telah diarahkan oleh Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi untuk menyiasat semula kes perjanjian syarikat penerbangan kebangsaan itu dengan syarikat asing.


“Jabatan saya kemudian mendapati terdapat unsur jenayah dan yang boleh dilakukan pendakwaan,” katanya.


Bagaimanapun, katanya, Gani Patail merujuk kes itu sebagai tiada tindakan lanjut walaupun beliau telah memaklumkan hasil siasatan semula kes berkenaan.


Dalam kes Goh Cheng Poh, Ramli berkata, bekas Timbalan Menteri Keselamaran Dalam Negeri telah menerima surat tidak bernama yang mendakwa Musa dan Goh terlibat dalam sindiket penggubalan wang haram.


Bagaimanapun, katanya, dia telah disiasat kerana dituduh menerima rasuah oleh Biro Pencegah Rasuah (BPR).


Biro berkenaan kemudian menjalankan siasatan selepas menerima aduan daripada individu bernama Moo Sai Chin yang mendakwa telah memberi rasuah kepada Ramli.


“Saya telah diberi notis untuk isytiharkan harta malah mereka (ACA) membocorkan maklumat siasatan kepada media,” katanya.


Ramli berkata, BPR telah mendakwanya dengan dakwaan tidak berasas selepas beliau memberi maklumat dan mengisytiharkan harta seperti yang diarahkan.


Ramli dibebaskan daripada tiga tuduhan rasuah mengikut Seksyen 32 (1)(a) Akta Rasuah oleh Mahkamah Seksyen dan Mahkamah Tinggi pada 2010.

Perbicaraan bersambung semula pada Khamis.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.