Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

SAMAN JEW ! MEMANG SUKA BUAT FITNAH !

Majlis Syura nafi lulus kerajaan perpaduan

  • Nik Zawawi Nik Salleh
1 / 1
SHAH ALAM – Majlis Syura Pas menafikan dakwaan yang mengatakan pihaknya pernah mengadakan perbincangan ataupun membuat keputusan mewujudkan gabungan dua parti politik, antara Pas dan Umno.

Setiausahanya, Dr Nik Zawawi Nik Salleh berkata, Majlis Syura memandang serius dakwaan tersebut dan menyifatkan ia fitnah pihak tertentu.

“Majlis Syura juga menegaskan tidak pernah wujud sama ada usaha atau pandangan ke arah penggabungan ini oleh mana-mana individu ahli kami seperti Mursyidul Am, Datuk Dr Harun Din, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan lain-lain ahli jawatankuasa badan ini,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.




Beliau berkata demikian dipercayai merujuk kepada kenyataan bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa dalam sebuah stesen TV swasta baru-baru ini yang mendakwa masih wujud cadangan kerjasama antara Pas dengan Umno bagi membentuk kerajaan perpaduan.

Nasharudin juga dilaporkan berkata, bekas Mursyidul Am Pas, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat selama ini dianggap penghalang utama kerajaan perpaduan antara dua parti politik terbesar Melayu di negara ini.

Sehubungan itu, Nik Zawawi menyeru supaya semua ahli dan pimpinan Pas supaya menolak fitnah tersebut yang boleh memecahbelahkan parti itu.

“Majlis Syura dengan ini menyeru supaya semua ahli Pas menolak fitnah ini bagi mengukuhkan jemaah ke arah memenangkan Islam,” katanya lagi

2 orang berkata:

Anonymous said...

Wahai pakkarmu .kau tak tenguk ke video ketika Arwah TGNA yang menerangkan tentang pertiswa Ug dulu,menegapa arwah marah sangat pada hj Hadi ,Haron Din dan Nasarudin mat isa,maknya isu itu adalah benar terjadinya,sudahlah kau.pengikut Hj Hadi yang suka juga fitnah orang,kau tak kata pulak pada Hj hadi.

Hamba Allah said...

https://youtu.be/jKnu7b4Laco (Dengar dan fahami betul2)

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.