"Kita mesti buktikan bahawa dengan tahaaluf siyasi, kita tidak berganjak dari Islam!" - Tuan Guru Presiden PAS @ Konvensyen PAS Terengganu
Diterbitkan: 25 Mei 2015
Ditulis oleh Khairul Azlam Mohamad | Harakahdaily
HARAKAH (
):
Dalam agenda membentuk 'Kerajaan Perpaduan' atau 'Government Unity',
adakah PAS masih optimis untuk berunding bersama Dato Seri Najib Tun
Abdul Razak bagi merealisasikan hasrat tersebut?
USTAZ ABDUL HADI (
):
Saya melihat masih ramai yang tidak faham tentang 'Unity Government'
termasuk orang PAS sendiri dan di kalangan pimpinan pun ada yang masih
belum faham lagi. Ini kerana, mungkin mereka sibuk, tidak berpeluang
membaca buku-buku politik dan tidak membaca istilah-istilah politik.
Dalam politik ada kerajaan yang
sepenuhnya, ada yang disebut'Unity Government', ada 'Coalition
Government' dan ada 'Front National'. 'Front National' itulah dia
Barisan Nasional (BN) yang ada pembangkang. Kerajaan campuran ini adalah
antara satu parti yang memerintah dengan parti yang lain diajak sama
dalam pemerintah dengan syarat-syarat yang dibuat.
Di mana kebiasaannya dia (parti)
terikat, partinya terikat dengan syarat-syarat bersama dengan kerajaan
dan tidak banyak perubahan dibuat. Dan PAS berpengalaman dalam dua
kerajaan iaitu Kerajaan Campuran (Perikatan) dan Kerajaan Barisan
Nasional. 'Unity Government' bukan Kerajaan Campuran dan bukan Barisan
Nasional. Itu kena faham. Ini kerana ada orang PAS sendiri faham masuk
Barisan Nasional dan kerajaan campuran semula. Ini menandakan tidak
faham 'Unity Government' .
Ini kita (PAS) memecahkan tradisi yang
dibuat oleh Umno yang ada pada hari ini. Di mana orang Umno tidak boleh
bangkang parti dia dan kalau bangkang dia akan kena pecat. Ini
termasuklah, kita membebaskan Umno itu sendiri. Ini kena faham dan dalam
masa yang sama 'Unity Government' ini mestilah melakukan perubahan yang
adil untuk semua rakyat. Ini termasuklah untuk Suruhanjaya Pilihan Raya
(SPR), badan kehakiman, pentadbiran...
Di Israel sebagai contoh, Perdana
Menteri Israel pun boleh dibawa ke mahkamah dan disiasat. Ini 'Unity
Government' dan pilihan raya di Indonesia adalah pilihan raya yang
berubah. Di mana Barisan Nasional tidak ada hak memonopoli TV
termasuklah semua parti boleh menggunakan TV...
Saya telah memaklumkan kepada DAP dan
DAP menyertai dalam beberapa usaha yang dilakukan tetapi oleh kerana,
kita melihat orang Umno sendiri takut hendak buat 'Unity Government' dan
mungkin dia (pemimpin Umno) bimbang kerana akan ada orang dia (Umno)
dibicarakan di Mahkamah, maka ia terhenti...
Umno takut untuk teruskan
Dia (Umno) tidak berani...
Dia (Umno) tidak berani...
1 orang berkata:
Presiden parti Islam yg suka cakap bohong. Bila nak bentang hudud di Parlimen kali ni? Ulamak pemfitnah lg munafik sesuai jd ketua utk ahli2 PAS yg tolol.
Post a Comment