Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

1MDB BERBOHONG ?

'Apa tujuan berbohong?'

  • Tun Dr Mahathir Mohamad. Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad
1 / 1
KUALA LUMPUR - Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa syarikat milik kerajaan 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) mungkin terlibat dalam aktiviti pengubahan wang haram.
 
Melalui laman blognya semalam, bekas perdana menteri itu berkata, apakah 1MDB, dengan pengetahuan penasihatnya, terlibat dengan pengubahan wang haram, sehingga wang dari Cayman Islands terpaksa disimpan di Singapura.
 
Menurut Dr Mahathir,  Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, telah menjelaskan wang AS$ 1 bilion tidak dibawa balik ke Malaysia kerana Bank Negara akan mengganggu urusan keluar masuk wang yang lebih daripada RM50 juta.
 
Beliau berkata, Singapura juga memeriksa dengan teliti wang masuk dan keluar negara itu bagi mengelak jenayah pengubahan wang haram.
 
Jelasnya, bank-bank di negara ini telah diarah untuk menyoal siasat urusan lebih daripada RM50,000 namun ia tidak menjadi masalah jika  siasatan mendapati ia tiada kaitan dengan pengubahan wang haram.
 
“Apakah 1MDB tidak tahu peraturan Monetary Authority of Singapore (MAS)?
 
“Apakah tujuan sebenar kerajaan berbohong tentang penyimpanan wang ini di Singapura? Yang sebenarnya tidak ada wang disimpan di sana,” katanya. 
 
Dr Mahathir berkata, jika tidak dapat dibuktikan wang itu ada di Singapura, pegawai dan menteri bersalah kerana berbohong.
 
Beliau berkata demikian melalui entri terbarunya bertajuk ‘Siapa Bertanggungjawab’ yang tersiar dalam blognya chedet.cc, semalam.
 
Beliau juga membangkitkan persoalan, kemungkinan wang lebih AS$ 1 bilion itu sudah hilang.
 
Menurut Dr Mahathir, keengganan Bank Negara memberi maklumat berkenaan laporan MAS juga merupakan satu jenayah dalam undang-undang negara.
 
”Sesuatu yang amat aneh dan apabila melihat keengganan jabatan-jabatan kerajaan yang bertanggungjawab mengambil tindakan berkenaan dengan dakwaan yang telah dibuat dan laporan polis berkenaan kehilangan wang 1MDB, syarikat milik kerajaan,” katanya.
 
Sebaliknya, katanya, orang yang membuat laporan polis telah dimufliskan, rumahnya dirampas dan siasatan dibuat ke atasnya, kononnya dia terlibat dengan membiayai gerakan keganasan dan pengubahan wang haram.
 
Dr Mahathir mengulas keengganan jabatan kerajaan bertanggungjawab bertindak terhadap dakwaan kehilangan wang 1MDB, syarikat pelaburan negara cetusan ilham Najib.
 
Beliau berkata, pemberita juga ditangkap di bawah Akta Hasutan dan kemudian dibebaskan kerana mereka sebenarnya tidak melakukan sebarang kesalahan.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.