• Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan IsmailWan Azizah Wan Ismail
 1 / 1 
SHAH ALAM – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail akan mengadakan perbincangan dari hati ke hati dengan pemimpin PKR, Pas dan DAP berhubung cadangannya mewujudkan kabinet bayangan PR.
Menurut Wan Azizah, perbincangan ini bagi memberi mesej jelas kepada PR bahawa cadangan Kabinet bayangan yang diumumkan beliau merupakan satu idea bersifat idealistik.
 
"Kita wujudkan kabinet bayangan sebab tiada prasarana dalam Parlimen untuk berbuat demikian dan akan bincang dalam masa terdekat.
 
"Disebabkan itu juga DAP, Pas dan PKR akan diberi peluang untuk ada jurucakap sendiri bagi portfolio tertentu," katanya ketika ditemui pemberita selepas Siri Dialog Darul Ehsan 1/2015 "PRK Permatang Pauh dan Masa Depan Politik Negara" di sini, hari ini.
 
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng baru-baru ini menyifatkan kewujudan Kabinet bayangan oleh ahli Parlimen Permatang Pauh itu sebagai tidak relevan.
 
Susulan itu, DAP memilih untuk menubuhkan kabinet bayangan sendiri dengan mengumumkan senarai 18 portfolio yang akan diisi ahli Parlimen parti berkenaan.