Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

SEBAB UTAMA DENDAM

Anwar tiada hanya salah satu sebab konflik PR

  • PR
1 / 1
SHAH ALAM - Ketiadaan bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya salah satu sebab berlakunya konflik dalaman PR terutamanya antara DAP dengan Pas.

Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Mohammad Fuad Othman berkata, Anwar menjadi penapis segala masalah dalaman pakatan pembangkang dan kini PR masih belum menemui pengganti.

“Kalau kita lihat dari satu aspek, mungkin juga konflik ini adalah kesan daripada ketiadaan Anwar. Sebab Anwar ini figura yang memegang ketiga-tiga parti itu. Oleh sebab Anwar itu mungkinlah dia ada aura atau pengaruh politik yang membuatkan dia boleh memegang ketiga-tiga parti itu bersama.

“Apabila beliau tiada, PR tidak dapat mencari seseorang yang boleh menggantikan kredibiliti Anwar di situ. Mungkin sebab itu, PR semakin goyah sekarang ini. Sekarang Pas dan DAP bertelagah kerana tiada penapis di tengah-tengah,” katanya kepada Sinar Online.

Bagi penganalisis politik, Prof Madya Datuk Dr Samsul Adabi Mamat turut senada dan berpandangan PR tiada lagi figura yang mampu memberikan pandangan penyatuan dalam kalangan pemimpin dalam pakatan itu.

“Anwar antara faktor-faktornya sebab konflik ini tapi ada banyak faktor lain lagi. Ketiadaan Anwar itu menjadikan tiada orang yang dapat memberikan pandangan yang boleh menyatukan mereka,” katanya.

Namun berlainan nada dengan penganalisis politik dari Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian pula berpendapat, konflik dalam PR ini telah berlaku meskipun Anwar belum dipenjarakan.

“Saya tak setuju sebab ketika Anwar di luar pun, konflik berlaku juga di Selangor...ketika pemilihan Menteri Besar Selangor. Begitu juga isu pilihan raya kerajaan tempatan PBT. Pada saya, Anwar di luar atau di dalam, sama sahaja.

“Wan Azizah (Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail) boleh menggunakan kedudukannya tetapi sejauh mana beliau boleh menjadi jambatan penghubung. Wan Azizah sendiri pernah ditolak Pas sebagai Menteri Besar di Selangor,” katanya

0 orang berkata:

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.