1MDB: Hanya pandangan peribadi
KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana, Menteri Tan Sri Muhyiddin Yasin
menyifatkan pendiriannya untuk memecat kesemua lembaga 1Malaysia
Developement Berhad (1MDB) bagi memulihkan imej kerajaan hanyalah
sekadar satu pandangan peribadinya.
"Itu pandangan saya yang saya buat dalam satu pertemuan tertutup dalam
kursus politik yg dibuat oleh biru latihan," katanya ketika diminta
mengulas berhubung pendedahan video rakaman ucapannya yang dimuat naik
di laman Youtube.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar di lobi Parlimen, hari ini.
Menurut beliau, pandangan itu adalah untuk dikongsi bersama-sama rakan pimpinan politik lain agar mereka lebih faham.
Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno berkata, ia bukan satu
perkara baharu, bahkan beliau akui pernah menyuarakannya sebelum ini di
luar.
"Pandangan kita tentang isu tidak penting. Yang penting kita nak tentukan penyelesaian tentang perkara tersebut," katanya.
Video itu dimuat turun penulis blog dan bekas wartawan, semalam.
Video itu dimuat turun penulis blog dan bekas wartawan, semalam.
Sementara itu, mengulas berhubung reaksi Perdana Menteri, Datuk Seri
Najib Tun Razak terhadap gesaan itu, Muhyiddin berkata: "....tidak ada
apa-apa (reaksi). Itu kenyataan saya sahaja."
0 orang berkata:
Post a Comment