Ambil tindakan tegas individu sebar klip video TPM
MUAR - Individu yang menyebarkan klip video ucapan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu program tertutup baru-baru ini bukan sahaja disifatkan sebagai pecah amanah tetapi perlu dikenakan tindakan tegas.
Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Razali Ibrahim berkata, perbuatan individu itu sesuatu yang tidak boleh diterima kerana telah menimbulkan kekeliruan dan kegelisahan ramai.
"Video itu telah dirakam dalam satu perbincangan tertutup dan adalah tidak wajar individu itu menyebarkan kepada umum malah dalam dunia kewartawanan ada istilah 'off-the-record' (tidak rasmi). Ini adalah etika dan kita perlu siasat serta kenakan tindakan tegas bagi mengelak kejadian sama berulang.
"Kenyataan Muhyiddin itu adalah sama dengan kenyataan diberikannya di hadapan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebelum ini. Ia hanyalah ulangan dan tiada apa yang perlu dihairankan," katanya selepas merasmikan mesyuarat agung Persatuan Bekas Tentera Cawangan Muar di Sekolah Tinggi Muar di sini, hari ini.
Pada majlis itu, seramai 36 bekas tentera menerima Pingat Jasa Malaysia (PJM) manakala 17 pelajar cemerlang menerima anugerah atas kejayaan masing-masing.
Razali yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, lebih menghairankan mengapa klip video itu hanya disebarkan berdurasi selama 7 minit sahaja dan bukannya secara penuh.
"Apakah niat individu ini menyebarkan klip video itu secara sebahagian.
Kandungan video itu sebenarnya jelas kenyataan Muhyiddin untuk mempertahankan Presiden dan parti dan tidak benar ada dakwaan yang mengatakan ia boleh membawa perpecahan dalam Umno," katanya yang juga Ahli Parlimen Muar.
Sementara itu Razali berkata, tindakan segelintir pihak mengaitkan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebagai rasuah adalah fitnah kerana sebelum pemberian itu ia dibentang, dibincang dan dipersetujui Dewan Rakyat.
Katanya bantuan itu diberikan kepada golongan sasar dan kerajaan tidak pernah meminta penerima mengundi mana-mana pihak.
"Mungkin pelaksanaannya masih belum sempurna, namun bantuan itu diberikan kepada golongan sasar, sama seperti bantuan Orang Kurang Upaya (OKU), ibu tunggal dan anak yatim," katanya. - Bernama

0 orang berkata:
Post a Comment