PR 'masih OK', konflik hanya serangan personaliti
PETALING JAYA – Krisis yang berlaku dalam PR terutamanya melibatkan Pas dan DAP hanya melibatkan kritikan terhadap personaliti, bukannya melibatkan kedua-dua parti secara keseluruhan.
Ketua Whip PKR, Datuk Johari Abdul berkata, meskipun dilanda pelbagai kontroversi sejak kebelakangan ini susulan ketegangan hubungan di antara Pas dan DAP, PKR yakin pakatan itu 'masih OK'.
“Setakat ini tidak ada kritikan terhadap pembangunan. Yang ada sekarang ini (kritikan) tentang personaliti. Itu harus dibezakan. Contohnya DAP merasakan tiada masalah dengan pembangunan dengan Selangor. Apa masalah DAP dengan Azmin? (Menteri Besar Selangor, Azmin Ali) Contohnya... ialah tentang stail (cara).
“Stail itu kita boleh ubah. Stail itu tidak melibatkan rakyat. Contohnya dulu, saya nak jumpa Tan Sri Khalid Ibrahim (bekas Menteri Besar Selangor), saya kena tunggu empat hari. Mungkin saya nak jumpa Azmin, saya kena tunggu empat jam dan mungkin dengan Wan Azizah dalam 40 minit dapat jumpa. Mungkin cara berbeza-beza kerana suasana mungkin berbeza tapi tidak merubah kedudukan isu-isu yang dipersetujui sebelum ini,” katanya ketika ditemui selepas sidang media, hari ini.
Menurutnya, setiap parti harus melihat sama ada perbezaan serta percanggahan itu konstruktif atau tidak dan ia bukan masalah sekiranya ia bukan mengakibatkan destruktif.
Dalam pada itu, Johari turut memberi gambaran, suasana yang keruh dalam PR itu ada kaitan dengan BN yang berusaha untuk mempertahankan kekuasaan dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.
“Dalam hati saya tahu bahawa rakyat di luar sana, mahu melihat dalam PRU14 ini, Umno-BN ditumbangkan. Sudah tentu, kalau saya dalam Umno-BN pun kena fikir supaya... kalau saya tahu badai akan datang, saya kena cari cara untuk ‘memecahkan’ badai itu. Jadi, sudah tentulah saya akan gunakan semua kedudukan yang saya ada sebagai sebuah kerajaan untuk pastikan supaya badai itu tidak kena pada saya.
“Saya cucuklah... biasalah dalam politik. Apatah lagi tahun ini tahun pemilihan untuk Pas, sudah tentu ada ‘burung-burung’ kecil...’little Napoleon somewhere’ yang... dia nak namanya keluar dalam media. Ada orang buat perkara silap dengan alasan dan ada orang buat perkara betul dengan alasan.
“Jadi, inilah politik. Masing-masing nak tunjuk kepimpinan mereka cuma kadang-kadang terlebih sangat dan ini menjejaskan tumpuan terhadap rakyat. Selain daripada itu, ‘we are doing OK’,” katanya.

0 orang berkata:
Post a Comment