Lembaga Pengarah 1MDB tiada kuasa tanpa Najib sebagai Penasihat 1MDB
- Butiran
- Diterbitkan: 22 Mei 2015
- Ditulis oleh Tuan Ibrahim Tuan Man
Meskipun PAS mengalu-alukan keberanian
Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menggesa agar anggota lembaga pengarah
1MDB dipecat, namun PAS ingin mengingatkan beliau bahawa lembaga
pengarah 1MDB sebenarnya tidak berkuasa tanpa kehadiran Perdana Menteri
Datuk Seri Najib Razak sebagai penasihat 1MDB.
Tindakan Muhyiddin menyalahkan lembaga pengarah 1MDB tanpa melibatkan Najib hanyalah jalan pintas Umno mencari kambing hitam.
1MDB adalah sebuah syarikat milik
Kementerian Kewangan, apakah ahli lembaga pengarah boleh membuat
keputusan perniagaan yang melibatkan kerajaan Malaysia tanpa pengetahuan
Kementerian Kewangan yang diterajui Najib.
Contohnya, ahli lembaga pengarah 1MDB
tidak mungkin dapat menpengaruhi Kerajaan Malaysia untuk menjamin
bon-bon yang dikeluarkannya tanpa kelulusan Kementerian Kewangan.
Mungkinkah 1MDB dapat membeli tanah TRX
dan lapangan terbang Sungai Besi pada harga sebegitu murah hanya dengan
pengaruh yang dimiliki ahli pengarahnya sahaja? Siapa pun tak percaya.
Video taklimat tertutup Muhyiddin juga
m enunjukkan bagaimana Umno menipu rakyat hidup-hidup selama ini. Di
depan rakyat, 1MDB dikatakan berpotensi besar dan tiada masalah. Tapi
apabila berdepan sesama sendiri, mereka mengakui 1MDB bermasalah.
Sehingga Muhyiddin berani menyuruh Najib
untuk bertanggungjawab ke atas apa yang dilanda 1MDB, anggaplah ini
sekadar sandiwara Umno mencari kambing hitam untuk kemelut 1MDB.
Tanpa kuasa dan pengaruh tertinggi di
Malaysia, tidak mungkin 1MDB dapat menghimpun hutang sebanyak RM42
bilion daripada pelbagai sumber termasuklah Lembaga Tabung Haji,
Kumpulan Wang Amanah Persaraan (KWAP) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
(KWSP).
Kepada ahli pengarah 1MDB, sekarang masanya untuk tampil menceritakan segalanya sebelum terlambat.
Tuan Ibrahim Tuan Man
Naib Presiden PAS
21 Mei 2015
Naib Presiden PAS
21 Mei 2015
0 orang berkata:
Post a Comment