Tangani kesusahan rakyat sebelum capai negara maju
- Pensyarah Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff
SHAH ALAM - Hanya tinggal beberapa tahun lagi, Malaysia bakal mengikut negara maju lain untuk diiktiraf menjadi negara maju, ia selaras dengan Wawasan 2020 yang mana misinya ingin menjadikan Malaysia maju pada tahun tersebut.
Namun terdapat sedikit kegusaran di kalangan penganalisis, apakah dengan majunya Malaysia pada tahun itu, hidup rakyat turut maju, dan indah sepertimana yang digambarkan.
Pensyarah Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) , Prof Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff berkata, banyak lagi perkara yang perlu diperbaiki oleh kerajaan bagi memastikan matlamat negara maju itu tercapai.
“Maju ini banyak kriteria dan ciri, negara maju ini satu yang jelas yang boleh kita tengok dari segi pendapatan hidup rakyat, adakah pendapatan itu tinggi untuk membolehkan mereka hidup selesa atau tidak , jadi kalau pendapatan ia mestilah lebih USD15, 000 untuk kita capai, itu pendapatan purata penduduk , bukan pendapatan tiap-tiap penduduk.
“Cuma masalah kita nak capai negara maju ialah jurang kaya miskin itu masih luas, jurang antara wilayah masih luas, jurang antara negeri masih luas , tahap pendidikan rakyat jurangnya masih luas jurang digital antara rakyat masih luas , jadi selagi kita tidak rapatkan jurang itu , susah untuk kita bercakap tentang negara maju,” katanya.
Jelasnya lagi, sebab pendapatan negara maju tidak boleh dikira dari segi purata pendapatan penduduk , jikalau seorang itu dapat USD 20,000, seorang ini dapat USD5,000 bagaimana itu, jurang itu luas.
“Kemudian infrastruktur yang kita ada pun belum sampai ke tahap itu, macam mana hendak kata maju kalau sekolah belum mencukupi, hospital belum mencukupi.
"Mampu atau tidak dalam tempoh empat tahun yang ada ini kita selesaikan masalah itu, saya fikir tidak perlu kita hendak mengejar bagi mencapai negara maju 2020 dengan keadaan hidup rakyat yang tidak banyak berubah, rakyat masih miskin rakyat masih susah hidup sekarang dengan kos yang makin meningkat ,” katanya kepada Sinar Online hari ini.
Oleh itu ujarnya apa yang perlu dikejar sekarang adalah menangani ‘perit jerih ’ hidup rakyat.
“Saya rasa yang perlu kejar sekarang ini ialah bagaimana hendak mengatasi kos hidup yang tinggi, bagaimana taraf hidup rakyat supaya tiada masalah ke hospital, rakyat mempunyai asas rumah, rakyat ada asas pendidikan dan kesihatan yang cukup itu yang perlu diutamakan .
“Tapi kalau kita hendak kejar negara maju kerana kita betul-betul hendak maju dari segi kemudahan untuk rakyat kesihatan, pendidikan infrastruktur, pendapatan itu kejarlah.
“Kita jangan obses untuk menjadi negara maju dalam keadaan rakyat masih lagi dipisahkan oleh jurang yang luas, fokus sekarang rapatkan jurang, selesakan kehidupan rakyat dari segi kos hidup yang meningkat, berikan kemudahan infrastruktur dan keperluan asas yang baik dan mencukupi seperti sekolah, kesihatan dan pekerjaan,” ujarnya.

0 orang berkata:
Post a Comment