PR akan berpecah dengan tekanan politik DAP
KUALA LUMPUR - PR akan berpecah jika DAP terus memberi tekanan politik
terhadap rakan sekutunya Pas, kata Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat Nik
Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz.
Ahli Parlimen Pasir Mas itu berkata DAP perlu menghentikan polemik serangan terhadap Pas agar parti itu kekal berada di dalam pakatan pembangkang.
"Kalau Pas main rentak DAP, makin jadi pecahlah," katanya ketika ditemui pemberita di lobi Dewan Rakyat di sini, hari ini.
Beliau turut senada dengan anggota Pas yang lain yang tidak berpuas hati dengan tindakan DAP terus menyerang peribadi kepimpinan ulama termasuk presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
"Bagi saya, kalau semakin DAP serang ulama seperti presiden (Abdul Hadi), semakin orang (anggota parti) simpati kerana hendak mengundi bukan DAP, tetapi ahli Pas. Tak tahulah kalau DAP mahu Haji Abdul Hadi kekal (presiden) senang hendak keluar PR," katanya sinis.
Mengenai provokasi DAP untuk Pas bertindak keluar pakatan pembangkang dan membentuk Kerajaan Perpaduan dengan BN, beliau menyifatkan ia sebagai 'muslihat politik' dan yakin parti itu tidak akan mengambil tindakan sedemikian.
"Saya tak suka isu yang dibangkitkan DAP diperbesarkan. DAP banyak merujuk kepada isu hudud dan isu Pas nak sertai BN, sedangkan bagi kita, presiden saya sendiri yang saya faham isu ini tiada dan tidak berbangkit.
"Pertama sekali, saya sebut isu hudud ini bukan sepatutnya isu yang boleh memecahkan PR," katanya sambil berharap pimpinan tertinggi Pas mempunyai langkah untuk meredakan keadaan itu.
Pada Ahad lepas, Penasihat DAP Lim Kit Siang dilapor membayangkan tiga parti komponen dalam pakatan pembangkang iaitu DAP, PKR dan Pas, tidak akan wujud lagi dalam tempoh dua minggu, sekali gus menggambarkan pakatan itu kini di ambang perpecahan.
Sebelum ini, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng meminta Abdul Hadi keluar dari PR jika mahu meneruskan hasrat membentangkan Rang Undang-undang Persendirian berhubung pelaksanaan Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) atau hudud di Dewan Rakyat. - Bernama

1 orang berkata:
chenlina20150922
michael kors
louis vuitton borse
ralph lauren
mcm handbags
mulberry handbags
air max 95
nike air max 90
chaussure louboutin
polo ralph lauren
hermes uk
p90x workouts
instyler max
rolex watches
jordan pas cher
longchamp handbags
abercrombie
celine handbags
michael kors handbags
nike air huarache
cheap jerseys
nike tn
canada goose uk
hollister kids
coach factory outlet
true religion jeans
louis vuitton handbags
hollister co
nike roshe run
ray ban outlet
nike air force 1
coach outlet canada
sac longchamp pliage
basketball shoes
marc jacobs
tommy hilfiger outlet
tod's shoes
coach outlet store online
air max 90
supra shoes
vans shoes
Post a Comment