DAP TIADA PILIHAN, DAP KENA BERSETUJU HUDUD DI LAKSANAKAN UNTUK ORANG ISLAM, DAP PERLU PATUH DENGAN DASAR PARTINYA SENDIRI KERANA PARTINYA ADALAH PARTI DEMOKRASI (DEMOKRASI ACTION PARTI) JIKA DAP TENTANG HUDUD BERERTI DIA MELANGGAR DASAR PARTINYA SENDIRI. DAP TIDAK PERLU MELAYAN KEHENDAK PENENTANG HUDUD ISLAM DARI BERBAGAI PARTI DI NEGARA INI, DAP KENA TUNJUKKAN KEPADA RAKYAT MALAYSIA BAHAWA DAP BENAR-BENAR DEMOKRATIK, JIKA TIDAK, DAP KENA BUBARKAN PARTINYA KERANA TIDAK BERJUANG MENEPATI DASAR PARTINYA
MANA-MANA MP YANG BERAGAMA ISLAM DARIPADA BERBAGAI PARTI TIDAK MENYOKONG HUDUD UNTUK UMAT ISLAM KHUSUSNYA MAKA MEREKA DI ANGGAP ROSAK IMAN DAN AKIDAH, JADI JIKA DAP YANG MEMULAKAN SOKONGAN, MAKA YANG TIDAK MENYOKONG HUDUD AKAN TERPERANGKAP DI SITU. ERTINYA YANG BERAGAMA ISLAM TIADA PILIHAN, MEREKA JUGA TERPAKSA MENYOKONG HUDUD SEPERTI TERPAKSANYA DAP MELAKSANAKAN DASAR PARTINYA SENDIRI - Pak Karamu
Pas optimis DAP terima hudud
KUALA TERENGGANU – Pemimpin Pas terus optimis terhadap pemimpin DAP
yang diyakini akan menerima hudud sekiranya mereka memahami dengan jelas
perjuangan Pas terhadap perundangan syariah Islam itu.
Timbalan Ketua Dewan Ulama Pas Terengganu, Dr Abu Bakar Abdullah berkata, keadaan itu juga mampu memberi impak positif dan membantu dalam meraih sokongan rakyat terhadap PR, selain mengukuhkan hubungan antara ketiga-tiga parti.
“Saya yakin DAP akan berubah setelah memahami hasrat Pas untuk mendaulatkan syariat Islam dalam mengatasi masalah jenayah yang bukan sahaja melibatkan kesalahan hudud.
“Apabila hudud terlaksana, jenayah lain juga akan berkurangan dan boleh diatasi. Hudud telah dinyatakan oleh Rasulullah SAW akan mendatangkan rahmat pada negara itu sendiri.
"Saya juga yakin kalau kita laksanakan hudud, ia tidak melemahkan pakatan, sebaliknya menguatkan lagi orang Islam sendiri. Kita mempunyai lebih kurang 60 peratus orang Islam yang sudah tentu akan beri sokongan,” katanya.
Sehubungan itu, Abu Bakar meminta DAP tidak melihat perjuangan Pas dari segi politik, sebaliknya perjuangan agama yang sudah tentu memberi keuntungan kepada semua pihak.
Mengulas mengenai perjuangan DAP, Abu Bakar berkata, pihak terlibat yang kuat menentang pelaksanaan hudud, berjuang atas dasar sosialis yang merupakan fahaman asing dan tidak ditentang Pas.
Menurutnya, sedangkan hudud dilaksanakan sejak sekian lama sebelum berlaku penjajahan di Tanah Melayu dan tidak sepatutnya dipersoalkan, apatah lagi hudud yang mahu dilaksanakan di Kelantan itu tidak melibatkan negeri lain dan orang bukan Islam.
“Jadi dalam soal ini, DAP tidak berhak campur tangan. Hukum Islam ini sudah lama dilaksanakan sebelum kedatangan penjajah,” katanya.

0 orang berkata:
Post a Comment