Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

KITA DARI AWAL MAKLUM, SEBENARNYA INILAH KERJA ORANG KAFIR

3 ikon PAS bakal dipecat sengaja diada-adakan

KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali menyifatkan laporan media kononnya tiga ahli parti bakal dipecat adalah isu yang sengaja diada-adakan menjelang muktamar.

"Ini adalah isu yang sengaja diada-adakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Menjelang Muktamar Tahunan PAS, macam-macam benda seperti ini," ujarnya kepada Harakahdaily.

Jelasnya, beliau tidak menerima sebarang makumat atau aduan berkait dengan isu tersebut.
"Kepada PAS, kita tiada masalah, boleh beri pandangan. Memberi pandangan secara jujur dan membina adalah perkara biasa dalam PAS.

"Kepada PAS, pandangan kebaikan kepada parti bukan kesalahan. Tak ada sebab benda-benda seperti itu diambil tindakan.

"Saya suka mengingatkan kepada semua pihak supaya jangan membuat kenyataan yang tidak betul dan tidak tepat mengenai PAS," ujarnya lagi.

Beliau menyatakan demikian ekoran laporan sebuah akhbar mengenai tiga ikon PAS yang sering menghiasi pentas ceramah parti itu kini berada dalam dilema, gara-gara didakwa mengkritik pimpinan parti itu sehingga menjadi viral di laman sosial.

Menurut laporan itu, Ahli Jawatankuasa Lajnah Politik Pemuda PAS Pusat, Sulaiman Ibrahim atau lebih dikenali Leman Raja Lawak; Ahli Jawatankuasa Muslimat PAS Pusat, Wan Aishah Wan Ariffin serta Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan Sungai Petani, Mejar Zaidi Ahmad didakwa mengkritik beberapa pemimpin parti melalui aplikasiWhatsApp berhubung kepimpinan dalam PAS. - HARAKAHDAILY 25/5/2015

1 orang berkata:

Anonymous said...

Kerja kafir dan islam yg sokong kafir.

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.