GST: Siti Nurhaliza, Che Ta bersama kita
KUALA LUMPUR - Timbalan Presiden Pas, Mohammad Sabu berkata,
penentangan terhadap pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST)
bukan sahaja terdiri daripada kelompok rakyat marhaen sebaliknya
melibatkan artis dan golongan atasan.
Katanya, antara golongan tersebut adalah artis terkenal tanah air seperti Datuk Siti Nurhaliza Taruddin dan Rozita Che Wan di samping pimpinan ulung Umno seperti Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Daim Zainuddin dan Tan Sri Rafidah Aziz.
"Kita ada Siti Nurhaliza, dan Che Ta, selain pimpinan Umno lain.
"Oleh itu, batalkan segera GST," katanya ketika menyampaikan ucapan ketika Himpunan Bantah GST di KLCC hari ini.
Mengulas lanjut, Mohammad Sabu berkata, peserta yang menyertai himpunan ini dianggap sebagai pejuang.
"Kita semua Tok Janggut, dulu Tok Janggut menentang sistem percukaian zalim British, sekarang kita tentang cukai zalim GST," katanya.

1 orang berkata:
Malaysia dah x da duit...mau dibatalnya gst
Post a Comment