• minyak
1 / 1
SHAH ALAM – Rakyat di negara ini bakal berdepan dengan kemungkinan kenaikan harga minyak mendadak menjelang bulan depan.

Ketua Angkatan Muda Keadilan, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, kemungkinan tersebut boleh berlaku sekiranya harga pasaran bagi minyak terus naik hingga ke bulan depan.                                 

“Kalau mahu ringankan beban rakyat, sepatutnya minyak tidak dinaikkan. Rakyat sekarang sudah cukup terbeban dengan GST, ditambah lagi dengan masalah kenaikan harga minyak, ia sudah pasti merunsingkan rakyat.

“Kerajaan umum kekal harga minyak buat masa sekarang mungkin juga takut dengan penangan himpunan #batalGST,” katanya ketika dihubungi Sinar Online.

Harga runcit petrol RON95 dan RON97 serta diesel bagi Mei 2015 akan kekal pada paras semasa, menurut jurucakap Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.
 
Harga tidak berubah bagi bulan ketiga berturut-turut, dengan petrol RON95 kekal pada RM1.95 seliter, RON97 pada RM2.25 seliter dan diesel pada RM1.95 seliter.

[ARTIKEL BERKAITAN: Harga minyak kekal bagi Mei]

Menurut Nik Nazmi lagi, kerajaan sepatutnya memperkenalkan sistem apungan terkawal secara harian atau bulanan bagi membantu rakyat mengatasi beban kenaikan harga minyk

“Kalau betul kerajaan mahu buat sistem apungan, ia sepatutnya dibuat secara harian atau secara bulanan.
 
“Sebab sekiranya sistem tersebut dibuat secara bulanan, kerajaan masih mengaut keuntungan cukai dari rakyat,” katanya lagi.