Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Peserta demonstrasi GST bakal kena tindakan
  • Peserta demonstrasi GST bakal kena tindakan Petugas media mengambil risiko demi merakamkan aksi menarik peserta yang membakar suar ketika menyertai 'Perhimpunan Bantah GST', selain ada yang melemparkan bom asap dan mercun bola ke arah pihak polis, ketika berarak ke Dataran Merdeka, di sini hari ini. - Foto Bernama
1 / 1
KUALA LUMPUR - Polis akan mengambil tindakan terhadap peserta Perhimpunan Bantah GST (Cukai Barang dan Perkhidmatan) yang didapati melanggar peraturan dan undang-undang sepanjang berlangsungnya perhimpunan itu.

Antara kesalahan dilakukan peserta perhimpunan ialah tidak mengendahkan cadangan polis untuk mengadakan perhimpunan itu di Padang Merbok, selain bertindak membawa kanak-kanak, melakukan vandalisme terhadap harta awam serta menggunakan bom asap.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajudin Md Isa berkata, mereka terbabit boleh didakwa di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012 (Akta 736) dan Seksyen 141 Kanun Keseksaan kerana mengadakan perhimpunan haram.

"Kesalahan-kesalahan tersebut telah didokumentasikan melalui rakaman dan video oleh anggota dan pegawai polis terlibat dalam Op Aman 5/2015 Perhimpunan #Kita Lawan/GST dan siasatan serta tindakan wajar akan diambil terhadap pelaku
jenayah berkenaan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Operasi tersebut bertujuan mengawal keselamatan dan ketenteraman awam sepanjang perhimpunan itu dijalankan bermula 3 petang tadi di sekitar Dataran Merdeka, Pasar Seni, Masjid Jamek, Masjid Negara, Sogo dan Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC). - Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.