Serbu balai sebelum Ops Warta mula
KUALA LUMPUR - Orang ramai memenuhi kaunter bayaran saman di balai polis berdekatan kediaman mereka, semalam bagi menyelesaikan saman tertunggak yang belum dibayar sebelum Ops Warta bermula, hari ini.
Kaunter saman di semua balai polis trafik dibuka dari jam 9 pagi hingga 10 malam kelmarin dan semalam bagi memberikan peluang saat akhir kepada orang ramai untuk melangsaikan saman mereka.
Seorang lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai Ali Aziz, 30-an berkata, dia datang ke balai polis untuk memeriksa saman tertunggak.
“Setakat ini, saya tidak menerima surat saman atau waran tangkap daripada polis. Tetapi, saya takut, jika ada surat saman yang tidak dihantar kepada saya.
“Jadi, saya ambil keputusan untuk datang ke balai polis untuk semak sama ada saya dikenakan saman,” katanya.
Sementara itu, seorang mekanik, Sin Chew Sow, 22, berkata, dia hadir untuk melangsaikan satu saman yang diterima kira-kira dua tahun lalu atas kesalahan menggunakan nombor plat yang tidak mengikut spesifikasi ditetapkan.
Namun katanya, dia tidak sempat untuk membayar kompaun tersebut kerana sibuk dengan tugas.
“Pagi tadi (semalam), saya periksa balik saman saya melalui talian 15888. Selang beberapa minit, saya dapat maklum balas mengatakan saman saya masih ada.
“Jadi, saya terus ke balai polis untuk membayar kompaun sebanyak RM300,” ujarnya.
Katanya, dia mengambil keputusan untuk membayar saman kerana tidak mahu ditangkap semasa Ops Warta dijalankan.
Sementara itu, seorang penjawat awam yang hanya mahu dikenali sebagai Khairul, 29, berkata, dia dikenakan saman kerana terlibat dalam kemalangan kecil sehingga melanggar sebuah kereta dari arah belakang, beberapa hari lalu.
Menurutnya, dia dikenakan kompaun sebanyak RM300 atas kesalahan tersebut.
“Kalau dapat saman, saya akan cepat-cepat bayar saman. Saya tidak mahu menangguhkan bayaran kecualilah mengalami masalah kewangan pada waktu itu,” katanya.
Namun dia berharap pihak polis memperkenalkan semula diskaun kompaun kepada pesalah trafik yang membayar saman awal.
"Bukan semua orang yang berkemampuan untuk membayar kompaun sebanyak RM300 yang dikenakan ketika ini.
“Oleh itu, saya berharap perkara ini dapat dipertimbangkan oleh polis. Kalau diskaun ini diperkenalkan, saya yakin, akan lebih ramai orang yang akan membayar saman trafik,” katanya.
Ops Warta dilancarkan untuk memburu pesalah trafik yang gagal menyelesaikan saman tertunggak selepas tempoh yang diberikan polis.
Sementara itu, Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman, Datuk Mohd Fuad Abd Latiff berkata, pihaknya sudah memberikan tempoh yang secukupnya kepada pesalah trafik untuk melangsaikan saman yang dikenakan.
Menurutnya, polis tidak akan menerima sebarang rayuan selepas tempoh membayar saman tertunggak yang diberikan oleh pihaknya tamat.
“Saya tiada nasihat untuk diberikan kepada orang ramai yang enggan membayar saman. Sekiranya ditangkap semasa Ops Warta, kita akan ambil tindakan terhadap mereka mengikut undang-undang,” katanya.

0 orang berkata:
Post a Comment