Kenyataan Afif bukan pendirian AMK, kata Nik Nazmi
SHAH ALAM - Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad hari ini menafikan pendirian timbalannya, Dr Afif Bahardin semalam yang membuat pusingan "U" berhubung krisis PR sebagai ketetapan sayap parti itu.
Beliau bagaimanapun berkata, AMK masih tidak berganjak daripada menyokong pendirian rasmi parti itu melalui presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada Rabu.
"Kenyataan bertajuk "Pendirian AMK Terhadap Pakatan Rakyat" bertarikh 20 Jun 2015 bukan merupakan pendirian rasmi AMK," katanya dalam kenyataan, hari ini.
"AMK selaku sayap parti mendukung kenyataan rasmi parti menerusi presiden dan dibincang dalam Biro Politik Keadilan Pusat yang turut dianggotai Ketua AMK dalam isu ini," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
[ARTIKEL BERKAITAN: DAP, Pas, PKR digesa kembali ke meja rundingan]
Semalam, Afif yang juga Adun Seberang Jaya berkata sayap PKR itu dan PR masih wujud serta relevan dan ia masih mendapat sokongan daripada rakyat.
Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang itu juga menggesa semua pihak supaya menghentikan sebarang bentuk kecaman dan perselisihan secara terbuka yang boleh "membunuh" masa depan PR.
Menurutnya, tindakan tergesa-gesa dengan menuduh dan menyalahkan mana-mana pihak dalam kalangan parti komponen PR hanya akan menamatkan kerjasama politik itu sejak 2008.

3 orang berkata:
Bila ulamak pas nak berambooos keluar pr?
Bramboooos la wouiii
Kalau Pas keluar PR awak fikir parti awaknPKRbbokeh berkuasa lagi ke, wooii? PKR ada berapa kurusi (yg nelayu ada berapa kerat?, wooii?).Dap ada berapa kerusi, wooiii?. Otak batu. Kalau taj ada Oas, PKR jadi kalsai Dap tau tak, wooiii!
Pas keluar lah dari PR dulu baru boleh tgk sape yg jadi kaldai politik. Pas sudah gila talak. Sudah ludah jilat balik. kah kah kah
Post a Comment