Dakwah tidak terhenti dengan putusnya hubungan politik
- Butiran
- Diterbitkan: 01 September 2015
- Ditulis oleh IZWAN ABDUL HALIM
BATU KAWAN:
Berakhirnya hubungan PAS dan DAP adalah pada konteks tahaluf
siyasi, namun tidak pada kesinambungan dakwah atau pendekatan politik
dari masa ke semasa, demikian tegas Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz
Nasrudin Hassan at-Tantawi.
Katanya, perkiraan juga mengikut
kepentingan setempat dan tidak memutuskan hubungan secara peribadi
melibatkan persahabatan ataupun perkenalan dengan semua orang termasuk
DAP.
“Apa yang putusnya ialah secara
‘official’ parti dengan parti, yang mana kita tidak ada lagi ikatan
ataupun terma-terma yang mengikat antara PAS dan DAP. Kita tahu bahawa
di peringkat negeri-negeri tertentu hubungan baik PAS dan DAP masih lagi
berlangsung.
“Dalam kerjasama untuk kepentingan
rakyat umpamanya, kerja-kerja kebajikan, dan juga untuk berdepan dengan
kemungkinan ataupun tindak balas daripada pihak Umno dan Barisan
Nasional. Jadi, hubungan dalam bentuk itu kita teruskan, tidak jadi
masalah,” ujarnya menjelaskan kekeliruan itu pada sidang media di Pondok
Turath, Juru di sini 30 Ogos.
Ditanya media kemungkinan PAS akan
mengemukakan pendekatan dan strategi baru ekoran berakhirnya hubungan
itu, Nasrudin mengakui bahawa PAS tetap bergerak dalam suasana politik
berbeza dan berubah-ubah sekalipun.
Maklumnya, PAS telah menyusun tindakan yang boleh diumumkan dan ada kekal menjadi strategi dalaman parti.
“Insya-Allah sehingga kini kita lihat
parti kembali berada pada paksinyalah untuk melaksanakan kerja-kerja
pilihanraya. Kerja-kerja penyatuan anggota parti, walaupun suasana
selepas daripada hubungan tahaluf siyasi antara PAS dan DAP berakhir,”
jelasnya.
Menjawab pertanyaan berhubung tindakan
Pendaftar Pertubuhan (ROS) menolak permohonan Gerakan Harapan Baru (GHB)
untuk menggunakan nama Islam dalam pendaftaran partinya, Ustaz Nasrudin
berkata terpulang kepada GHB mengambil langkah seterusnya.
Dalam konteks demokrasi katanya, perkara
itu menjadi hak GHB untuk melanjutkan permohonan dan PAS tidak ada
halangan sebaliknya terus fokus kepada urusan PAS.
2 orang berkata:
"DALAM KOTNTEKS DEMOKRASI KATANYA, perkara itu menjadi hak GHB untuk melanjutkan permohonan dan PAS tidak ada halangan sebaliknya terus fokus kepada urusan PAS."
tengok ayat hurup besar tu..pas ghb sama2 pertubuhan yg berundang2 dgn demokrasi perlembagaan lord reid...
hehehe...masing2 perasan lebih.sembang lebat..2x5
zzzzz2018.7.7
longchamp handbags
uggs outlet
moncler online outlet
kate spade
coach factory outlet
pandora charms
canada goose jackets
red bottoms
polo ralph lauren
christian louboutin shoes
Post a Comment